Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Ustaz Azhar Idrus

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Beliau di lahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Febuari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif Alor Star, Kedah kemudian melanjutkan pelajaran ke  Sekolah Menengah Darulaman Alor Star, Kedah (tingkatan 1-2) dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (tingkatan 3-6).  Beliau telah mendapat Pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya ialah :Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar- Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqiGuru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir- Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buahGuru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim- Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan BalaghohGuru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim- Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan FaraidhGuru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir- Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah ArabiyahGuru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir- Mendalami  ilmu fiqh & nahuGuru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )- Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh Beliau mula berdakwah pada tahun 1995, pada masa sekarang, beliau bergerak aktif  mengajar dan menyampaikan kuliah agama  di surau dan masjid sekitar Terengganu juga mendapat jemputan menyampaikan kuliah di seluruh Negara . Beliau juga menghasilkan vcd kuliah  dan ceramah agama yang boleh di dapati di pasaran dan juga di laman youtube.Beliau boleh di hubungi http://ustazazhar.net/v01/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original sebagai medium memperluaskan lagi misi dakwahnya.

 

Dapatkan buku-buku tulisan beliau di bawah.

RM17.00
================ Format:   Paperback Saiz:   6" x 9" ISBN-13:  978-967-411-706-1  Tarikh Terbit:  15 Nov 2015 Jumlah Muka Surat :  136...
17 pieces
+
Add to wish list

RM18.00
=========================== Format:  Paperback Saiz:   5.5 " x  8 ” ISBN-13:...
Out-of-stock Add to wish list