Terma & Syarat

1. Ahli dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun dropship boleh diaktifkan.

2. PTS Bookcafe berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.

3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.

4. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.

5. PTS Bookcafe berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar.

6. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari PTS Bookcafe. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

7. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. PTS Bookcafe akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking no kepada ahli dropship.

8. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.

9. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.

10. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invoice. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.

11. PTS Bookcafe tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invoice/bahan promosi yang berkaitan dengan bookcafe dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.

12. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak PTS Bookcafe untuk diselesaikan sekiranya perlu.

13. PTS Bookcafe berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).

14. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.

15. PTS Bookcafe tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.

16. PTS Bookcafe hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;

- Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)

- Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya

- Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari PTS Bookcafe

17. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. PTS Bookcafe tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.

18. Ahli dropship yang tidak berdaftar dengan GST tidak boleh kenakan GST kepada pelanggan samada untuk produk mahupun kos penghantaran. Bookcafe tidak akan bertanggungjawab jika berlaku masalah undang-undang akibat dari perbuatan tersebut.

 

 

INFO DROPSHIP BCO
 
 
          JUMLAH EJEN DROPSHIP          
1,621
JUMLAH PRODUK
6,314
JUMLAH BRAND
203

 

 DATA JUALAN 

 

ORDER DIPROSES 2015
5,695
SALES 2015
RM388,617.70

  

ORDER DIPROSES 2016
13,988
SALES 2016
RM1,066,009.96
 
 
Klik & daftar sekarang juga.