Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan #(L65)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.30 kg
9789672007371
10 pieces
+
Add to wish list

 

Tajuk: Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan
ISBN:9789672007371
Penerbit: ilhambooks
Penulis: Hamdi Ibrahim
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama,2020
Muka Surat: 268
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.295
Dimensi (cm): 20.5cm x13.5cm x2.1cm

 

Abu Urwah: Legenda Tanpa Soroton adalah sebuah buku yang menceritakan “the untold story” mengenai sosok Saari Sungib, seorang tokoh gerakan Islam yang cukup terkenal dengan bukunya Risalah Usrah. Buku yang menjadi fenomenal terutama dalam gerakan Islam di Asia Tenggara pada dekad-dekad 1980an sehingga 2000an. Hampir menjadi pemain hoki kebangsaan, menjadi pemimpin mahasiswa semasa zaman belajarnya di UK, mengasaskan Jamaah Islah Malaysia (JIM), terjun ke medan siasah semasa zaman kemuncak reformasi 1998 dan ditahan akta ISA serta lain-lain antara cerita-cerita yang menarik yang ada dalam buku biografi ini. Buku ini juga mendedahkan tentang IRC - Islamic Representative Council - sebuah pertubuhan pelajar yang berpengaruh dan kontroversi.

 

------------------

Seorang yang dikatakan legenda, siapa pun dia, tidak akan pernah dilupakan, walaupun tanpa sorotan. Perjalanan hidup serta sudut pandang epistemologinya, akan terus membuat darah muda yang sedang mencari arah baru menggigil kerana terinspirasi. Penulis sedar bahawa Saari Sungib – Abu Urwah, tidak begitu selesa buku ini diberi judul Legenda Tanpa Sorotan. Baginya panggilan legenda itu hanya mahu memaksudkan seseorang itu hebat dan luar biasa. Mana mungkin? Ini menyalahi prinsip kerja dan perjuangannya! Apa yang dihayatinya sepanjang hidupnya adalah bergerak mestilah berjamaah. Berpegang kukuh kepada dalil dan hujah. Bertindak atas landasan syura dan amal jamaie.

Abu Urwah tidak membina kemenangan atau kekuatan di atas personaliti individu atau jenama mana mana kumpulan. Dia bersama-sama mencetuskan syura, melakarkan wawasan, mengatur sumber dan menggembleng tenaga. Mula dengan bismillah dia pun bekerja. Selepas itu dia bekerja dan terus bekerja. Tidak ada sorotan yang perlu dicatatkan. Sorotan tidak dibina atas nama seseorang. Tetapi pengajaran meresap dan menyerap ke akar umbi dan akal budi golongan mukhlisin. Dia datang membantu dan memberikan yang terbaik selepas itu beredar pergi.

Untuk lanjut membaca prakata penulis, lihat di sini.

------------------

"Saya sudah mengenali Saari Sungib lebih 38 tahun. Perkenalan ini berlaku semasa kami sama-sama menggerakkan dakwah, tarbiah serta usaha-usaha sukar mendirikan institusi pendidikan rendah dan menengah sejak tahun 1982 lagi. Beliau banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan amal dakwah dan islah, termasuk meninggalkan jawatan sebagai seorang pensyarah sebuah universiti tempatan semata-mata untuk memberikan khidmat sepenuh masa dalam meneraju dakwah terutamanya semasa era Jemaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah di antara tulang belakang dan pemikir dalam usaha membina sistem dan institusi pendidikan bersepadu Al- Amin dan Musleh yang sebahagiannya telah diselaraskan di bawah JIM dan kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Beliau merupakan seorang yang berbakat tinggi dalam penulisan. Ini telah dibuktikan menerusi senarai buku, monograf, ucapan, esei, puisi, artikel dan prakata buku yang ditulisnya. Beliau adalah seorang yang tegas. Tidak diragui bahawa ketegasan inilah juga yang telah menyebabkan dua kali beliau dipenjarakan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (ISA)".

Al-Fadhil Ustaz Alias Othman, Mantan Timbalan Presiden JIM

Penerbit:
ILHAM BOOKS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
230 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar