Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



AKAR KAMI: KISAH INSPIRASI TOKOH PROFESIONAL GENERASI FELDA # (Q8)

RM50.00
Price in points: 50 points
Weight: 0.49 kg
9789674606084
2 pieces
+
Add to wish list

====================================

ISBN : 9789674606084
Penulis : Zinitulniza Abdul Kadir, Muhammad Nizam Shaari
Penterjemah : -
 
Tahun Terbitan : 2017
 
 
 

Buku ini memaparkan pengalaman 16 individu membesar di FELDA dengan segala bentuk kepayahan yang antaranya tidak mampu lagi digambarkan generasi muda hari ini. Hampir semua mereka ke sekolah berjalan kaki meredah tanah merah sehingga beberapa kilometer, belajar bertemankan cahaya pelita berikutan tiada kemudahan elektrik, keluar menoreh awal subuh sebelum ke sekolah dengan rambut berlekat susu getah, membajak sawah pada tengah malam ketika orang lain nyenyak tidur, mengelap sisa basahan air hujan pada batang pokok getah bagi meneruskan kerja menoreh, dan banyak lagi.

Istimewanya, hidup miskin dengan segala beban kepayahan itu bagaimanapun tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk berjaya, malah ia sebaliknya membakar azam mereka mahu cemerlang dalam hidup, dan seterusnya membawa keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan.

Justeru, buku ini sebaiknya menjadi bacaan semua, khususnya anak-anak muda, kerana jika kehidupan hari ini yang serba lengkap dengan segala kemudahan masih dianggap sukar dan sering diguna menjadi alasan untuk gagal, bacalah bagaimana 16 tokoh ini menjalani kehidupan sukar mereka satu ketika dahulu. Sesungguhnya, kesusahan bukan penghalang, tapi ia sebenarnya penunjuk kejayaan - kepada mereka yang mahu berusaha.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar