Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Al-Amin fi al-Arbain: 40 Sifat Terpuji daripada Hadith Penghulu Sekalian Nabi (Z15)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.32 kg
9789672422211
2 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Al-Amin fi al-Arbain: 40 Sifat Terpuji daripada Hadith Penghulu Sekalian Nabi
ISBN: 9789672422211
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd 
Penulis: Kiyai Ahmad Zuhri Mutammim
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 161
Format: Softcover
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 21.6cm x 14 x 1.3cm
 
Sinopsis
 
Al-Amīn fī al-‘Arba‘īn min Āḥādīth Sayyid al-Mursalīn: 40 Ṣifāt Terpuji Daripada Ḥadīth Penghulu Sekalian Nabī berserta Terjemahan dan Keterangan dalam Bahasa Jāwī.

Sepanjang sejarah perjalanan agama Islam, terdapat sebilangan 'ulama' yang sentiasa berusaha mengumpulkan empat puluh hadith nabawi-mengambil berkat daripada sebuah sabda Baginda Rasulu'Llah Dalla'Llahu 'alayhi wa-sallam, bahawa barang siapa menghafaz empat puluh hadith daripadanya, akan dibangkitkan sebagai seorang faqih lagi 'alim pada hari qiyamat (awkama qal). Antara kumpulan-kumpulan ahadith yang terkenal adalah Hadith 40 yang dikumpuloleh al-Imam al-Nawawi rahimahu'Llah.


Para 'ulama' dari 'Alam Melayu turut menuruti tradisi ini, antaranya adalah al-Marhum Kiyai Ahmad Zuhri Mutammim Singapura. Kiyai Ahmad Zuhri telah mengumpulkan 40 hadith berkenaan pelbagai asas-asas agama Islam, fadilat sembahyang, puasa, zakat dan haji, anjuran berakhlaq mulia; kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar, serta sebahagian 'amalan pentingdaripada 'ilmu tasawwuf. Matan-matan hadith yang dikumpul dilampirkan bersama ma'nanya, disertai keterangan ringkas dalam bahasa yang mudah dan lembut.

Kiyai Ahmad Zuhri Mutammim (1905-1985) ialah tokoh 'ulama' yang mashhur dari Singapura.Beliau merupakan Yang di-Pertua pertama bagi Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura(PERGAS) yang ditubuhkan pada tahun 1957 serta Guru Besar (Mudir) Madrasah al-Saqqafal-'Arabiyyah, Singapura. Kiyai Zuhri pernah menjadi sebahagian anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Beliau menguasai 'ilmu fiqh, nahu, tafsir, hadith,usuluddin, tasawwuf dan balaghah. Atas jasanya yang besar kepada masharakat di Singapura, Kiyai Zuhri dianugerahi "Ilmiawan' MUIS pada 1979 dan 'Jasawan' PERGAS pada 1982.

Petikan:
“Antara yang mena'jubkan, Kiyai Haji Ahmad Zuhri hanya memilih hadith-hadith yang sahih dan hasan sahaja untuk dimuatkan di dalam karyanya ini. Keprihatinan terhadap aspek ini,menunjukkan beliau cukup memahami keperluan untuk mengenal pasti kedudukan hadith-hadith Nabi SAW yang perlu diajarkan dan disebarkan-kepada masharakat.'
- Dr. Mohd. Khafidz Soroni

“Maka permulaan mengetahui itu belajar dan kesudahannya itu ber'amal. Maka kedua-dua itumenjadi tanda bagi kebaikan.”
-Kiyai Ahmad Zuhri Mutammim (1905-1985)

Penerbit:
Akademi Jawi Malaysia
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar