Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Al-Quran Berbicara Tentang Cinta & Jodoh # (L57, BL57)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.33 kg
9789672679653
Out-of-stock
Tajuk: Al-Quran Berbicara Tentang Cinta & Jodoh 
ISBN: 9789672679653
Penerbit: Faqih Synergiz Training & Cunsultancy
Penulis: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Ustazah Asmak Husin
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 183
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.325kg
Dimensi (cm): 1cm x 15cm x 23cm
 
SINOPSIS
 
Apabila sahaja kita mempunyai niat untuk berpasangan, pastinya pelbagai perkara bermain di dalam fikiran. Kita akan berasa takut tersalah arah dan tersasar bersama pasangan. Usah bimbang! Ini adalah fitrah umat yang beriman. Pasti akan ada rasa takut untuk bercinta kerana bimbang akan tersasar. Kelahiran buku ini akan memberikan panduan kepada kita mengenai cinta dan alam perkahwian.

Antaranya:
·Mengapakah kita perlu berkahwin?
·Adakah dia sesuai dijadikan pasangan kita sehingga ke akhir hayat?
·Benarkah pasangan bagaikan pakaian di antara satu sama lain?
·Isteri itu wanita makhluk yang misteri?
·Apakah peranan bapa dalam pendidikan anak-anak?
·Apakah dosa-dosa isteri yang mesti dijauhi?

Penulis buku ini telah membincangkan buku ini kepada 4 fasa percintaan. Bermula dengan mencari si dia, diikuti memilih pasangan yang sesuai kemudian berkahwin dan seterusnya melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. Fasa-fasa ini semestinya akan dilalui oleh setiap daripada kita yang sedang bercinta.Setiap fasa ini diperincikan dengan baik oleh kedua-dua penulis sebagai panduan untuk kita bersama pasangan.

Jadikan alam percintaan kita suatu perkara yang indah bersama pasangan kita. Jangan jadikan alam percintaan tempat kita membuat dosa dan maksiat kerana ianya suatu kerugian yang besar. Capailah redha tuhan dalam kehidupan kita bersama pasangan semoga dapat bertemu kembali di alam Syurga.
Penerbit:
Faqih Synergiz

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar