Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. - Edisi Kemas Kini (L142,PY30)

Rak: L16
RM5.00
Price in points: 5 points
Weight: 0.10 kg
978-967-411-615-6
2312 pieces
+
Add to wish list

================
Format: Paperback
Dimensi: 19cm x 12.7cm x 0.5cm
ISBN-13: 978-967-411-615-6
Tarikh Terbit: 27 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 96
Berat (kg) : 0.10
=================



Sinopsis

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.

 

Kandungan 

Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Amalan Seharian

  • Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Bangun Tidur

  • Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar dari Bilik Mandi

  • Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk

  • Sunnah Rasulullah Ketika Bersugi

  • Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut

  • Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian

  • Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar Rumah

  • Sunnah Rasulullah Ketika Pergi ke Masjid

  • Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur

  • Sunnah Rasulullah Ketika Bertemu Sesama Sendiri

  • Sunnah Rasulullah Ketika Makan

  • Sunnah Rasulullah Ketika Minum

  • Sunnah Rasulullah Ketika Selesai daripada Sesuatu Majlis

Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Solat

  • Sunnah Rasulullah Ketika Azan

  • Sunnah Rasulullah ketika Iqamat

  • Meletak Penghadang di Hadapan ketika Solat adalah Sunnah Rasulullah

  • Solat-Solat Sunat yang Ditunaikan oleh Rasulullah pada Waktu Siang dan Malam

  • Sunnah Rasulullah dalam Mengerjakan Qiamullail

  • Sunnah Rasulullah ketika Solat Witir

  • Sunnah Rasulullah ketika Solat Sunat Fajar

  • Duduk Seketika selepas Solat Fajar (Subuh) adalah Sunnah Rasulullah

  • Sunnah-Sunnah ketika Rukuk

  • Sunnah-Sunnah ketika Sujud

  • Sunnah-Sunnah selepas Solat Fardhu

  • Menunaikan Solat Sunat di Rumah adalah Sunnah Rasulullah

Sunnah-Sunnah Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang

  • Zikir-Zikir yang Dibaca Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang

 

Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Situasi Tertentu

  • Menghadirkan Niat yang Baik dalam Segala Amalan

  • Mengerjakan Beberapa Amalan dalam Satu Waktu

  • Mengingati Allah pada Setiap Masa

  • Memikirkan Nikmat Kurniaan Allah adalah Sunnah Rasulullah

  • Mengkhatamkan Al-Quran pada Setiap Bulan

 

Ciri-Ciri Fizikal dan Mukjizat Rasulullah

  • Sifat-Sifat Fizikal Rasulullah

  • Kebiasaan Rasulullah

  • Keadaan Rasulullah di Rumah

  • Keadaan Rasulullah di Luar Rumah

  • Majlis Rasulullah

  • Rasulullah Bersama Sahabat Baginda

  • Diam Rasulullah

  • Mukjizat-Mukjizat Rasulullah

  • Peristiwa Khandak, Keajaiban di Rumah Jabir bin Abdullah

  • Bubur yang Berkat

  • Keberkatan dalam Susu Kambing

  • Perigi yang Kering Kembali Berair 

 

Penulis

Nama : Zulkarnain Dollah

Zulkarnain bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ususluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.  ( nur amalina )

(sumber daripada ulatbuku.blogspot.com)

 

Antara salah satu review tentang buku "Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W"

Segala sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w perlulah dicontohi dan diikuti kerana setiap sunnah mempunyai kejayaan. Sesiapa yang mencontohi kehidupan Rasulullah s.a.w maka dia akan berjaya. Begitulah harapan penulis agar pembaca dapat ilmu dan pengetahuan tentang sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharian agar sunnah Rasulullah s.a.w sentiasa hidup dalam jiwa dan kehidupan ummatnya. Penulis juga menyelitkan serba sedikit kelebihan-keliban amalan sunnah Rasulullah s.a.w agar pembaca lebih bersemangat untuk mengikuti cara kehidupan Rasulullah s.a.w.

Bacalah buku ini agar lebih mengenali dan mendekati Rasulullah s.a.w dan menyemai rasa cinta kepada baginda, sebagaimana baginda mencintai ummatnya sehingga ke akhir hayatnya, baginda sentiasa memikirkan ummatnya. 


(Sumber reviews daripada nur amalina-ulatbuku.blogspot.com)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
96 Muka Surat
Rak:
L16

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar