Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Andai Itu Takdirnya # (Q7)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.45 kg
9789672858027
Out-of-stock

Tajuk:Andai Itu Takdirnya
ISBN: 9789672858027

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Penulis: Siti Rosmizah
Tahun Terbitan:2021
Muka Surat: 583
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.45 kg
Dimensi (cm): 18.5 cm x 11.5 cm x 2.4 cm

 

SINOPSIS

 

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.

Umpama mimpi dalam mimpi, itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama. Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang. Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA.- Siti Rosmizah -

Penerbit:
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
583 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar