Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Bangkitlah Jiwa (L102)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.23 kg
9789830978796
3 pieces
+
Add to wish list

Buku BANGKITLAH JIWA mempersembahkan nukilan istimewa daripada dua minda penulis, hasil kolaborasi pertama antara TheBingkisan Hati bersama Azura Zamri.

Dengan kata sepakat, mereka menurunkan cebisan makna penulisan setelah pasti akan diskusi antara mereka bahawa bentuk penyampaian yang puitis serta gaya bahasa yang mudah, sesuai buat semua lapisan masyarakat. Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya.

Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.

Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

Penerbit:
Galeri Ilmu
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
126 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar