Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 




Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah (L124)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.34 kg
9789678300889
1 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 5.5'x8.5'
ISBN-13: 978-967-83-0088-9
Berat (kg):0.34

====================

Susunan bahasa di dalam buku ini amat mudah. Setiap kalimah yang tercatat merupakan ungkapan dari apa yang diingini oleh beliau. Tidak memberat-beratkan dan tidak terlalu mendalam. Tetapi anda boleh memahami apabila membacanya. Maksud yang disampaikan dapat diterima dengan lafaz dan kata-kata yang mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah melainkan hanya membaca dan terus ber’amal.

Sesungguhnya buku “Bekalan Di Sepanjang Jalan Da’wah” ini adalah pendamping yang terbaik untuk mereka yang ingin mencari penunjuk jalan dan mengesan tempat jejak-langkahnya. Dari buku “Bekalan Sepanjang Di Jalan Da’wah” ini anda akan dapat mengetahui jalan Allah yang selamat untuk diikuti, agar anda tidak terpesong dari jalan yang sebenar. Sebelum anda berada jauh dari jalan yang benar dengan sangkaan anda masih berada di jalan benar.

Buku “Bekalan Sepanjang Di Jalan Da’wah” membolehkan anda mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan; Allah adalah matlamat kami. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dengan buku ini anda bersama dengan Ustadh Mustafa Masyhur untuk berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan berzakat. Bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam. Tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah.

Saya tidak katakan kepada anda; carilah hikmah pada setiap perintah Allah, agar dapat dilaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga anda merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah; Allah akan membuka kepadamu pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepadamu.

Umar Al-Tilmisani Rahimahullah (Sumber: http://dakwah.info/utama/buku-tarbiyah/muqaddimah/)

ISI KANDUNGAN

Sepatah Kata Dari Penterjemah
Muqaddimah (Oleh Al-Ustadh 'Umar Al-Tilmisani)

- Di Atas Jalan Da'wah… Kita Perlukan Bekalan
- Berbekallah Dengan Al-Qur 'an

A. Al-Qur'an
B. Dari Jahiliyyah Kepada Islam
C. Al-Qur'an Di Tangan Kita
D. Contoh Teladan Boleh Berulang
E. Ayuhlah Kita Memperelokkan Hubungan Dengan Al-Qur'an
F. Mengikut dan Melaksanakan

- Bertafakkur Terhadap Makhluk dan Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

A. Segalanya Adalah Tanda Kekuasaan Allah
B. Alam Tumbuhan dan Serangga
C. Di Segenap Ufuk

- Bertafakkur Terhadap Ni'mat Allah
- Bertafakkur Terhadap Perkara Ghaib Yang Dinantikan

A. Tempoh Sebelum Ajal
B. Peringkat Kematian
C. Kubur dan Kehidupan Alam Barzakh

- Bertafakkur Terhadap Hari Akhirat

A. Tiupan Sangkakala
B. Pembentangan Suratan 'Amal, Hisab dan Mizan
C. Titian (Sirat)
D. Syafa'at
E. Kolam Syurga
F. Neraka Jahannam
G. Syurga dan Ni'matnya

- Dalam Sirah Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Salat Terdapat Bekalan
- Sembahyang
- Dalam 'Ibadat Puasa Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Zakat Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Haji Terdapat Bekalan
- Dalam Qiyamullail Terdapat Bekalan
- Dalam Zikir dan Do'a Terdapat Bekalan
- Dalam Mengikuti Sunnah Terdapat Bekalan (I)
- Dalam Jihad Fi Sabilillah Terdapat Bekalan
- Dalam Mengikuti Sunnah Terdapat Bekalan (II)

A. Teladan Yang Sempurna
B. Di Antara Keindahan Sunnah
C. Sunnah dan Pembinaan Keperibadian

- Dalam Da'wah Ada Bekalan
- Pada Persahabatan Yang Salih Ada Bekalan
- Dalam 'Amalan Salih Terdapat Bekalan

 

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar SELEPAS 10 AM akan diproses & dihantar pada esok hari, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar