Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Dahsyatnya! Tulisan Ini Milik Siapa? #(Q4)

RM35.90
Price in points: 36 points
Weight: 0.24 kg
9789671519813
Out-of-stock
Add to wish list

ISBN: 9789671519813
Penulis: Azura hashim
Tahun Terbit: 2017
Berat: 0.237 kg
Jumlah Mukasurat: 131

=============================

Sinopsis

Proses mengenal diri mengambil masa yang panjang dalam fasa hidup kita Ada kajian menyatakan ianya mengambil masa lebih kurang 10 ribu jam untuk meneroka dan mencari siapa diri, Insan bernama manusia adalah ciptaan unik Tuhan yang tersimpan jutaan rahsia yang tidak diketahui.

Buku ini mengupas rahsia ilmu tulisan tangan membantu memahami diri dan sekeliling dengan cara yang mudah. pantas clan menyeronokkan.Teknik ini telah dikaji dan disahkan secara ilmiah di bawah konsep psikologi.

Bila manusia kenal diri, maka dia akan lebih konfiden dengan usaha dan bersedia dengan ketentuan Allah.

Buku ini juga diselitkan tip-tip Asmaul Husna bagi membantu memudahkan dan melancarkan dalam kehidupan sehari-hari supaya lebih tenang, bahagia dan membahagiakan.

Saya yakin dan percaya, buku ini membantu anda untuk keluar dari belenggu, mengenal kekuatan dan kelemahan dalam membentuk jati diri menjadi khalifah Allah yang cemerlang.

".. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."(53:3g)

=========================================================================

Penulis 

Nama : Azura Hashim

Image result for azura hashim

(Sumber gambar daripada graphology.com)

 

Azura Hashim merupakan pengasas Mastery Academy, sebuah syarikat yang memfokuskan latihan dan pembangunan. Dengan matlamat membangunkan kemahiran dan potensi masyarakat sekeliling. Mastery Academy juga memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka dengan kaedah yang berkesan.

Azura menerima MBA beliau dalam Pemasaran Antarabangsa dan dalam peringkat akhir menyiapkan PHD. Beliau mempunyai pelbagai industri pengalaman, lebih 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan.

 

Beliau percaya dengan pelbagai pengalaman dalam industri, beliau boleh membantu lebih ramai orang berjaya dan boleh memberi nilai tambah dalam organisasi dan negara secara keseluruhannya.

(Sumber maklumat daripada School of Graphology Malaysia)

 

Antara pandangan mengenai buku Dahsyatnya! Tulisan Ini Milik Siapa?

 

"Satu buku yang sangat menarik dan praktikal untuk transformasi diri. Biasanya kita hanya fokus kepada motivasi diri untuk transformasl tetapi kadang-kadang terlupa komponen minda separa sedar yang boleh ditambah baik melalui tulisan tangan. Satu buku wajib untuk semua peringkat umur dan pelbagai bidang." (Fazli Aziz : Pakar Motivasi, Selebriti TV dan Usahawan)

 

"Kalau Allan Pease ada 'Body Language", Dr Azura ada "Tulisan Tangan' yang menyingkap personaliti, potensi dan sudut pembaikan. Sebuah buku yang Luar Biasa Wajib dibaca." (Tuan Haji Mohammed Razib Abu Bakar : Pengarah ESQ Malaysia)

 

MasyaAllah Tabarakallah. Sebagai seorang Professional Trainer dalam bidang komunikasi dan lisan, saya cukup teruja dengan ilmu yang dikupas cantik oleh Puan Azura Hashim yang melibatkan tulisan. Pembongkaran resepi untuk membina personaliti dan memperbaiki diri menerusi tulisan tangan adalah sesuatu yang saya, anda dan kita  semua perlu tahu!

la sebagai metode yang cukup praktikal dan pantas dalam memperkasakan kerjaya, mencantikkan hubungan dan mengangkat kehidupan ke tahap yang lebih tinggi!

Terima kasih atas karya yang bakal membangun ummah ini. Terus sukses. Terus berjuang! (Badrul Sani : Master Trainer, Selebriti TV, Coach dan Penulis Buku)

 

 

 

 

 

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar