Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (Sign In | Register)

 



 
 
BUAT DUIT & MULAKAN BISNES ONLINE
 
 
Jadi Ejen Dropship BCO.com.my Sekarang Juga
 
 
 
 
DROPSHIP? APA ITU DROPSHIP?
 
 
Dropship adalah sistem bisnes yang membolehkan anda menjual tanpa perlu menyimpan atau membeli stok terlebih dahulu. Dengan sistem dropship, anda fokus kepada promosi & menjual, iaitu fokus untuk buat duit sahaja.
 



 
 Tak perlu sewa kedai
 
 Tak perlu simpan stok
 
 Tak perlu proses order
 
 Tak perlu upah pekerja
 
 Tak perlu hantar barang
 
 Tak ada risiko stok tak terjual
 

 


Ya, dengan sistem dropship BCO anda tak perlu buang masa untuk lakukan semua perkara di atas. 

Anda hanya perlu buat promosi, layan pelanggan & terima bayaran. Kemudian, buat order & bayaran menerusi website BCO. Selepas bayaran disahkan, kami akan menghantar barang yang diorder terus kepada pelanggan anda.

Ejen dropship akan dapat diskaun istimewa dan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Anda boleh jual barang pada harga penuh kepada pelanggan anda dan tentukan sendiri untung yang dimahukan. 

Keuntungan diperoleh daripada beza margin harga pasaran & harga ejen. 



BONUS: Anda juga boleh untung atas caj penghantaran. 

Di BCO, kami sediakan caj penghantaran yang lebih rendah berbanding courier di luar sana. Sebagai contoh, untuk barang yang beratnya 1 kg, caj penghantaran biasa adalah RM10.49. 

Namun, BCO hanya mengenakan caj serendah RM9.54 sahaja kepada anda. 

Sekiranya anda kenakan caj penghantaran biasa sebanyak RM10.49 kepada pelanggan, anda masih dapat untung sebanyak 95 sen. 

Jual barang dah dapat untung, caj penghantaran pun dapat untung. Untung berganda untuk anda.


 
 
Anda sudah tak sabar mahu buat duit & jadi ejen dropship BCO?

 
 
Klik & jadi ejen dropship sekarang juga
 
 
 
 
KENAPA PERLU JADI EJEN DROPSHIP BCO?
 
 
Bco.com.my adalah platform untuk menjana pendapatan tambahan & memulakan bisnes online secara dropship. 

Dengan pengalaman 10 tahun dalam dunia eCommerce & digital marketing, BCO mahu membantu lebih ramai usahawan serta internet marketer untuk menjana pendapatan tambahan. 
 
 
 

ISTIMEWA UNTUK EJEN DROPSHIP

 

BCO menyediakan sistem website yang mudah, grup sokongan online dan khidmat pelanggan yang profesional untuk memudahkan semua urusan.

 

Selain itu, ejen dropship BCO juga akan menikmati keistimewaan berikut:

 

 

 

 Diskaun bermula 10% sehingga 80%

 

 Untung jualan setiap produk bermula RM1 sehingga RM600

 

 Bahan promosi, gambar produk & skrip jualan disediakan

 

 Kelas & training percuma atau dengan bayaran minimum

 

 Makluman awal untuk info & promosi terkini

 

 Hadiah buku & wang tunai bagi pemenang cabaran dropship

 

 FREE SHIPPING semasa promosi terhad

 

 
 
  
 
 
CEPAT & PANTAS
 
 Pemprosesan & penghantaran order dibuat pada setiap hari bekerja. Tracking number akan diemailkan terus & anda boleh menyemak setiap status order anda di website kami.
 
Pelbagai pilihan penghantaran disediakan seperti same day delivery, self pick up & penghantaran laju menggunakan courier. 
 
Order yang dibayar sebelum 9 AM akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja).
 
  
 
GRUP SOKONGAN TERBAIK
 
 
Anda tidak perlu bimbang sekiranya mengalami sebarang masalah. Team khidmat pelanggan BCO sentiasa bersedia untuk membantu anda.
 
Ejen dropship yang lain juga kerap berkongsi tip, memberi semangat & galakan sesama sendiri dalam grup sokongan yang disediakan.
 
Facebook Secret Group Disediakan untuk Perkongsian Tip & Sebarang Pertanyaan
 
 

Group ini berfungsi untuk:

✔ Memberikan sokongan teknikal jualan kepada ahli dropship

✔ Channel komunikasi antara ahli dropship dengan BCO & sesama ahli dropship

✔ Menerima cadangan produk-produk baru yang perlu dimasukkan sebagai produk dropship

✔ Medium bagi BCO menghebahkan promosi, produk baru dan tawaran eksklusif kepada ahli dropship termasuk cabaran Dropship

✔ Medium bagi BCO berkongsikan bahan & skrip jualan bagi membantu ahli dropship

 
 
 
 
JAMINAN KAMI
 
 
 
Untuk memberi lebih keyakinan & memudahkan sebarang urusan, pihak BCO memberi jaminan berikut:
 
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA


 Jaminan wang dikembalikan


 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian


 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar

 

 
 
 
Klik & jadi ejen dropship sekarang juga
 
 
 
 


BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja). Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI


NOTIS PERPINDAHAN BOOKCAFE

Bookcafe kini beroperasi sepenuhnya di Selayang 18 @ Bandar Baru Selayang. Segala urusan & pengambilan order di Batu Caves kini sudah dipindahkan ke Selayang 18. Nombor telefon pejabat masih belum boleh digunakan. Sebarang urusan mohon melalui medium berikut:

Email: orders@bookcafe.com.my

Call & Whatsapp: 016 - 661 1972

Untuk info alamat & waktu operasi, KLIK DI SINI.