Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (Sign In | Register)

 



Budak Kampung Congo

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.24 kg per item
978-967-15718-0-4
19 item(s)
+

======================

Format: Kulit Nipis

ISBN : 978-967-15718-0-4

Berat (kg) : 0.237

Jumlah Muka Surat: 215

======================

SINOPSIS

"Kamu kecil lagi, lombong ini berbahaya! Kenapa tak beritahu? Kenapa degil sangat?"

Itu lah antara kata-kata yang aku dengar. Mungkin itu adalah leteran kerana dia sayangkan aku. Mungkin masa itu juga bukan masa untuk bermotivasi kerana abah sedang penat. Waktu marah-marah itu, abah pegang tangan kuat. Kuat, tidak dilepaskan. Tetapi, mendadak abah tukar fikiran. 

"Nak sangat berenang kan? NAH, BERENANG! BERENANG!"

Abah mencampakkan aku semula ke dalam lombong.

 

KANDUNGAN

Bab 1 - Setinggan Di Kuala Lumpur

Bab 2 - Memulakan Hidup Baru

Bab 3 - Cerita Kampung Congo 1

Bab 4 - Cerita Kampung Congo 2

Bab 5 - Buat Saja!

Bab 6 - Kisah Di Kampung Jeram

Bab 7 - Alam Persekolahan

Bab 8 - Dunia Awal Remaja

Bab 9 - Malang Tidak Berbau

Bab 10 - Menjadi Lebih Dewasa

Bab 11 - Menuju Menara Gading

Bab 12 - Mengejar Cita-cita

Bab 13 - Mesyuarat, Malam dan...

Bab 14 - Selalu Tiada Di Sisimu

 

ULASAN

Buku ini adalah hasil catatan kisah kehidupan penulis. Keluarga beliau membawanya berhijrah dari satu kampung ke kampung lain kerana mencari kehidupan.

 Ada beberapa peristiwa menarik untuk bacaan umum. 
1. Zaman kakank-kanak .Penulis fokus untuk menikmati keseronokan zamannya.
2. Zaman remaja- karenah anak-anak  muda 
3. Zaman dewasa - meliputi impian kerjaya dan masa depan dan kisah keluarga.

Buku ini mengembalikan kisah nostalgik masa lampau. Kampung Congo dikenali ramai mereka yang se angkatan dengan penulis. Ramai anak muda sekarang tidak pun mengetahui wujudnya kampung ini, kecuali mereka dan keluarga mereka pernah tinggal di sana.

Kampung Congo dijadikan platform dalam memberi tajuk buku ini. Disitulah bermulanya kehidupan keluarga  penulis. Kehidupan keluarga penulis adalah satu pemusafiran. Beberapa tahun hidup sebagai setinggan di Kampung Seputih, kemudian berhijran ke Kampung Congo, tanah setinggan kerajaan  dan akhirnya menetap di Kampung Jeram. 

Walaupun bermukim di Kampung Congo sekitar 4 tahun, saperti disebut tadi disinilah mereka mengenali erti kehidupan.  Hidup membanting tulang empat kerat dan  belajar berniaga demi membesarkan anak-anak.
  
Ada episod lucu, suka dan duka. Memburu kehidupan duniawi sehingga melalaikan tanggungjab keluarga semuanya dipaparkan secara ringkas di dalam buku ini. 

 Ada juga kisah-kisah yang menyentuh perasaan dan yang membuat kita befikir. Dapatkan buku Budak kampung Congo untuk mengetahu kisah selanjutnya.

 

Sumber

https://www.facebook.com/zyedahmad.hassan

 

 

PRODUK TERLARIS

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar