Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 



Cinta Mr. Ice Block (L105)

RM24.00
Price in points: 24 points
Weight: 0.30 kg 
9789678608787
3 pieces
+

SINOPSIS / SARI RANSANG

Benarlah orang kata, rindu pada yang telah tiada amat menyakitkan. Lapan tahun menduda, Nasrul masih berpegang erat pada sumpah setia. Lebih terkilan bila insan yang dinikahi menghadap ILAHI selepas beberapa bulan hidup bersama. Dunia terasa gelap-gelita. Hidup seperti tiada rasa.

Datanglah berapa ramai pun calon isteri, tetap tiada seorang pun yang lekat di hati. Bagi Nasrul, Zabrina telah membawa seluruh cintanya ke alam abadi. Sebagai pelukis jalanan, segala apa yang dirasa diluahkan di atas kertas putih. Dengan cara itu, barulah dia faham makna tenang.

Insiden perlanggaran tanpa sengaja, mencipta pertemuan antara Nasrul dan Farah. Farah gadis sempoi yang agak gila-gila. Nasrul mula rimas dengan sikap Farah yang agak terbuka meluah apa yang dirasa. Bagi Nasrul, Zabrina itu cintanya sampai mati. Lalu, Farah terpaksa akur. Cinta ini harus dinoktahkan.

Saat Farah semakin menjauh, Nasrul pula seakan mencari. Hidupnya mula sunyi bila tiada usikan daripada Farah. Dia merindui kehadiran Farah. Sudah lama rasa ini hilang dalam hidupnya. Bila tiba saat untuk dia membalas cinta Farah, mengapa Farah tiba-tiba menghilang? Adakah dia sudah terlewat untuk bercinta lagi?

Penerbit:
Alaf 21
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
394 Muka Surat

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar