Jack Ma

Sejak Alibaba.com memecah tembok edagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay. Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi.