Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (Sign In | Register)

 



Mengintai Aku Di Neraka

RM29.90
Weight: 0.29 kg per item
9789671427637
Out-of-stock
=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789671427637
Tahun Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 308
Berat (kg): 0.288
Penulis: Hadi Fayyadh  
=======================

Sinopsis

Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk membunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia menemui kegagalan kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?

Maka, dia mengambil keputusan untuk Murtad daripada agama Islam, dan mulai hidup dengan budaya barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya.  

Ketika malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang melecur separuh badan, dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. 

Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya, Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar, dia menyahut cabaran itu. 

Sewaktu arak sedang diteguk, tiba - tiba dia ditegur sang lelaki tadi. 

"Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?"

Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang meneguk air najis dan nanah yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke lantai. Alangkah bertambah kagetnya, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah. 

Banyak makhluk bertanduk, hodoh dan mengerikan sedang menjilat makanan disitu. Semua makanan telah bertukar menjadi najis serta merta. Pengunjung kelab malam yang lain leka menari, tapi wajah mereka berubah sangat buruk dan bertanduk. Aleeya Qistina terus takut. 

Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya. 

Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog dan pesan yang diluar jangkaan. 

Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah hijabnya dibuka oleh Allah?

"Eh, kenapa dah lama kak tak balik?"

"Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macam mana mereka begitu mengenaliku?" 

Apakah dimensi duo masa yang Qistina lalui? Apakah dia mendahului terowong masa depannya?

 

Kandungan

-Dosa Tidak Akan Pernah Membahagiakan?

-Kalau Itu Yang Kau Lihat, Kau Tak Kan Maksiat

-Aib Kau Tuhan Telah Sembunyikan

-Adakah Tuhan Hanya Untuk Orang Berduka

-Mengapa Susahnya Nak Berubah

-Sikit-Sikit Touching, Lemahnya Jiwa Kau

-Mengapa Memilih MurkaNya, Jika MagfirahNya Mengatasi Segalanya

-Bahagiakah? Kalau Asyik Intai Nikmat Orang

-Pernahkah jiwa kau terisi? Kosong Bukan?

-Hitunglah.. Berapa Kali Kau Tertipu Dan Menipu

-Jangan Kerna Hati Kau Mati

-Keadilan Allah Itu Dimana? Mampukah Kau Mengukurnya?

-Pernah Tak Kau Impikan Neraka Itu Bagaimana?

-Mengintai Aku Di Neraka

-Hari Ini Kau Di Uji, Bersabarlah Menanti Hikmahnya

-Kasihanilah Penduduk Di Bumi, Nescaya Kau akan DiKasihani Penduduk Di Langit

-Allah Tidak Pernah Diam Membiarkan Kau Derita

-Biarkan Allah Merancang Untukmu

 

Ulasan

Buku yang padat dengan kata-kata yang bisa menimbulkan rasa keinsafan amat dasyat. Mengingatkan akan balasan neraka yang perit bagi mereka yang ingkar. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi juga dengan kuasaNya. Insaflah wahai penumpang dunia.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar