Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



FIQH JIHAD - Set Lengkap: Jilid 1 dan Jilid 2 (Q15)

Rak: L177, Bundle: K118
RM260.00
Price in points: 260 points
Weight: 3.50 kg
978-967-366-210-4
1 pieces
+
Add to wish list

*************************
Format: Hardcover
ISBN-13: 978-967-366-210-4
Tarikh Terbit: 26 Apr 2013
Jumlah Muka Surat: 2279
Berat (kg): 3.50
*************************

 


REVIEW

Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti:

- Hakikat jihad dalam Islam

- Hukum perang antara negara Islam

- Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain

- Hukum memerangi rakyat di negara musuh

- Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab)

- Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini

- Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim

- Syariat jihad dalam Islam dan agama lain

- Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

 

FIQH JIHAD: MENCARI SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG

Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju syahid adalah berjihad di jalan Allah.

Alangkah mulianya mereka yang mendapat gelaran syuhada. Allah mengurniakan kepada mereka rezeki dan nikmat yang sangat besar. Sekiranya boleh, mereka pasti ingin kembali ke dunia dan ingin mati syahid sekali lagi kerana betapa nikmatnya mati syahid.

Beruntungnya umat Islam. Apabila mereka menuju ke medan perang, kalah ataupun menang mereka tetap dijanjikan syurga. Hebatnya pahlawan Islam. Mereka berperang kerana mahu mati, sedangkan musuh takutkan mati.

Memahami pengertian jihad yang sebenar menjadikan kita perjuangan kita lebih diberkati dan diredai Allah. Kupasan ilmiah dalam kitab Fiqh Jihad ini diharap dapat memurnikan ideologi perang dan menyuburkan semangat jihad umat Islam.

Jihad mempunyai kedudukan yang tinggi dalam mempertahankan kekuatan ummah dan negara serta mempertahankan risalah Allah. Mudah-mudahan setiap jihad yang kita lakukan adalah jihad yang benar dan diredhai Allah.

Kitab ini dikayakan dengan perbahasan tentang jihad yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kefahaman salafussoleh. Ia juga menjawab setiap kemusykilan tentang maksud jihad, konsep jihad, dan menerangkan kelebihan-kelebihan jihad dalam Islam.

Pelbagai persoalan dihuraikan secara terperinci oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi berdasarkan kekuatan ilmu, pengalaman, serta kefahaman beliau kepada realiti kehidupan umat masa kini. Jihad dalam Islam tidak terbatas kepada peperangan semata-mata, bahkan merangkumi seluruh aspek kehidupan kita.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kefahaman yang mendalam tentang jihad kepada kita menerusi tulisan ulama agung ini, Sheikh Yusuf Al-Qardawi. Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Allah adalah matlamat kita.

"Sesiapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, maka akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di tempat tidurnya."

(Direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai, dan Ibnu Majah)

 

KANDUNGAN



Penghargaan

Biografi Penulis

Kata Penghantar Penerbit

Kata Penghantar Penterjemah

Mukaddimah

Definisi-Definisi Utama


Jilid I


BAB 1 : HAKIKAT, KEFAHAMAN, DAN HUKUM HUDUD BERJIHAD

Fasal 1: Definisi dan Konsep Jihad

Fasal 2: Hukum Jihad: Wajib Ataupun Tatawwu’ (Sunat)

Fasal 3: Merealisasikan Fardu Kifayah dalam Jihad

Fasal 4: Bilakah Jihad Menjadi Fardhu Ain?

Fasal 5: Bagaimana Perlaksanaan Fardhu Ain dalam Jihad Dapat Dilaksanakan?

Fasal 6: Peranan Wanita dalam Jihad


BAB 2: PEMBAHAGIAN DAN PERINGKAT JIHAD

Fasal 7: Antara Jihad dan Qital (Peperangan)

Fasal 8: Jihad Melawan Hawa Nafsu

Fasal 9: Jihad Melawan Godaan Syaitan

Fasal 10: Jihad Menentang Kezaliman dan Kemungkaran dalam Masyarakat

Fasal 11: Sikap Manusia Terhadap Jihad dalam Masyarakat

Fasal 12: Jihad Dakwah dan Komunikasi

Fasal 13: Peringkat Jihad Masyarakat Sivil

Fasal 14: Perkembangan Jihad daripada Dakwah kepada Perang


BAB 3: JIHAD: ANTARA BERTAHAN ATAUPUN MENYERANG

Fasal 15: Dasar Hubungan Umat Islam dengan Pihak Lain: Damai ataupun Perang?

Fasal 16: Hukum Berperang dengan Golongan Berdamai dan Dalil Mereka yang Mengharuskanya

Fasal 17: Perbincangan Dalil-Dalil Membenarkan Perang

Fasal 18: Ayat Pedang yang Dianggap Sebagai Nasikh 140 Ayat yang Lain

Fasal 19: Penjelasan Hadith: “Aku Diutuskan Menjelang Datangnya Hari Kiamat dengan Membawa Pedang”

Fasal 20: Penjelasan Hadith: “Aku Diperintahkan Memerangi Manusia Sehingga Mereka Mengucap Lailahaillallah”

Fasal 21: Peperangan Rasulullah s.a.w. Selalu Dimulakan oleh Serangan Musuh

Fasal 22: Perluasan Negara oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin

Fasal 23: Kekufuran Punca Pepernagan

Fasal 24: Jihad At-Thalab adalah Fardhu Kifayah

Fasal 25: Falsafah Menundukkan System Taghut dan Jahiliyyah kepada Sistem Islam

Fasal 26: Dalil-Dalil Golongan yang Menyokong Jihad Pertahanan


BAB 4: JIHAD PERANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Fasal 27: Islam Menganjurkan Keamanan dan Membenci Peperangan

Fasal 28: Matlamat Peperangan dalam Islam

Fasal 29: Tujuan Jihad yang Disangkal oleh Islam

Fasal 30: Perbandingan Konsep Jihad antara Syariat Taurat dan Syariat Al-Quran

Fasal 31: Kepincangan Pendapat yang Menyataka Islam Tersebar Melalui Mata Perang


BAB 5 : JIHAD DALAM ISLAM

Fasal 32: Kedudukan Jihad Menurut Al-Quran dan Sunnah

Fasal 33: Kedudukan Pertahanan

Fasal 34: Bahaya Tidak Menyertai Jihad

Fasal 35: Keberlansungan Jihad dan Fahaman Aliran Qadiyaniah

Fasal 36: Menyiapkan Umat Supaya Berjihad

Fasal 37: Menyiapkan Sumber-Sumber Ekonomi bagi Berjihad


BAB 6 : PASUKAN JIHAD ISLAM

Fasal 38: Kewajipan Tentera Islam Sebelum Berperang

Fasal 39: Kewajipan Pasukan Islam Apabila Perang Ketika Perang

Fasal 40: Adab dalam Berjihad

Fasal 41: Meminta Bantuan daripada Golongan Bukan Islam dalam Jihad

Fasal 42: Undang-Undang Moral Berkenaan Peperangan dalam Islam


Jilid II

BAB 7: BAGAIMANA MENAMATKAN PEPERANGAN

Fasal 43: Menamatkan Peperangan Tanpa Pertempuran (mengundur Diri)

Fasal 44: Perjanjian Damai dan Genjatan Senjata

Fasal 45: Memeluk Islam

Fasal 46: Kekalahan Musuh dan Pembayaran Jizyah

Fasal 47: Kekalahan Tentera Islam dan Implikasinya


BAB 8 : PASCA PERANG

Fasal 48: Jaminan Keamanan dan Perlindungan

Fasal 49: Kedudukan Tawanan Perang daripada Pihak Musuh

Fasal 50: Sikap Terhadap Tawanan Muslim

Fasal 51: Hukum Berkaitan Harta Rampasan Perang

Fasal 52: Negara Islam dan Negara Kafir Harbi

Fasal 53: Hak dan Kewajipan Ahli Zimmah dalam Masyarakat Islam


BAB 9: PERANG DALAM WILAYAH ISLAM

Fasal 54: Perang antara Negara Islam

Fasal 55: Memerangi Puak Pelampau ataupun Pemberontak

Fasal 56: Peperangan Melawan Sistem Pemerintahan


BAB 10 : JIHAD DAN ISU UMAT

Fasal 57: Jihad dan Irhab (keganasan)

Fasal 58: Konflik Antara Islam dan Yahudi

Fasal 59: Interaksi Islam Dengan Kristian (nasrani) : Perdebatan ataupun Konfrontasi?

Fasal 60: Hubungan Golongan Islam dengan Penganut Hindu dan Buddha

Fasal 61: Kesan Pertembungan Kelompok Jihad dengan Kerajaan

Fasal 62: Jihad Masa Kini



LAMPIRAN

BIOGRAFI TOKOH

BIBLIOGRAFI

INDEKS

Rak:
L177
Bundle:
K118

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar