Selamat Datang, Ejen Dropship BCO Yang Dihormati. (Sign In | Register)

 



Siri Cerita Hantu: Puaka Basikal

Rak: C176
RM10.00
Price in points: 10 points
Weight: 0.09 kg per item
978-967-369-385-6
215 item(s)
+

ISBN: 978-967-369-385-6
Tarikh Terbit: MAC 2018
Jumlah Muka Surat: 120
Berat (Kg): 0.87

 

Sinopsis

Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya...

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

 

Kandungan

  • Lumba Lajak Berdarah - Ruby Annas
  • Fixie Syaitan - Azizin Zamila
  • Tangkal Tih Senah - Balqis Jaz

 

Review

Bacaan santai yang menarik. Ada 3 kisah dalam satu buku oleh 3 penulis. Setiap satu berbeza dari yang lain. Kisah basikal lajak, basikal fixi dan basikal tua. Namun ianya bukan sekadar kisah sebuah basikal, tetapi cerita mistik yang menyelubungi pemiliknya. -Musleha Nasmian

Penerbit:
Penerbit X
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
120 Muka Surat
Rak:
C176

 

PRODUK TERLARIS

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar