Kemurungan: Terapi dari Sudut Psikiatri dan Spiritual membincangkan masalah kecelaruan mental yang lazimnya mengganggu kehidupan harian seseorang dan membantu pembaca mengenal secara mendalam penyakit kemurungan yang berpunca daripada kecelaruan mental. Buku ini turut mendedahkan implikasi penyakit kemurungan yang tidak dirawat kepada fungsi kognitif, afektif, fisiologi dan personaliti individu. Selain itu, buku ini juga menghuraikan proses rawatan penyakit kemurungan berasaskan rawatan perubatan moden dan melalui pendekatan alternatif dan komplimentari dengan memfokuskan rawatan spiritual Islam. Buku ini membuka ruang kepada pembaca untuk mengintegrasikan pengetahuan ilmu perubatan psikiatri dengan spiritual dalam menangani masalah kemurungan yang membimbangkan. Langkah membantu pesakit yang mengalami kemurungan turut dihuraikan secara terperinci sebagai panduan kepada pesakit dalam mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan masalah yang dialami. Buku ini sesuai dibaca oleh ahli akademik, pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan, pengamal perubatan, pelajar, ahli agama serta masyarakat umum yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan masalah kemurungan.
Penerbit:
Universiti Sains Malaysia
Muka Surat:
151 Muka Surat