Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ibnu Sina
Muka Surat: 148
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.15kg
Dimensi (cm): 13.4cm x 19.2cm x 1.1cm
Buku ini ditulis ketika Ibnu Sina menyedari kepentingan sebuah institusi keluarga yang kecil terhadap sesebuah negara. Ibnu Sina mempercayai setiap manusia ditakdirkan dengan kepakaran yang berbeza dan berstruktur. Tidak semua boleh menjadi pemimpin dan bukan semua boleh menjadi petani. Namun sebuah negara tetap menggantungkan nasibnya pada semua golongan ini.
Politik bagi Ibnu Sina bukan hanya ditumpukan kepada soal pentadbiran negara, bahkan politik berkait rapat dengan aspek pengurusan individu terhadap dirinya sendiri di samping menguruskan apa yang berlegar di sekitarnya.
Pengurusan diri dan keluarga yang baik tunjang kemajuan sebuah negara. Membaca karya ini membolehkan pembaca memahami struktur masyarakat dengan lebih sempurna. Ibnu Sina tidak bercakap tentang agama, tetapi tentang pembangunan diri dan negara yang unggul.