Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



KOMBO AMAZING RASULULLAH

RM60.00
Price in points: 60 points
kombo-amazing-rasulullah
Add to wish list

Tajuk : KOMBO AMAZING RASULULLAH

ISBN : kombo-amazing-rasulullah

 

 

KOMBO AMAZING RASULULLAH merangkumi dua buah buku iaitu:

The Amazing Rasulullah SAW #1: Sejak Masa Jahiliah Hingga Hijrah Ke Madinah (2020)

Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah. Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w. Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam. Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya. Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w. Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini. Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam. Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.

The Amazing Rasulullah SAW #2: Sejak Hijrah Ke Madinah Hingga Pulang Ke Hadrat Allah (2020)

"Manusia mulia itu sudah wafat. Kita akan berasa sedih apabila membaca kisah Baginda di dalam buku ini. Kerana sehingga pada saat-saat akhir sebelum wafat, apa yang difikirkan adalah mengenai kita, umatnya." Dicky Kentsela, (Pemilik Ghazi Publishing)

Bagaimanakah karakter Muslim sejati? Jawapannya hanya satu, seperti karakter Baginda Rasulullah SAW. Hadirnya seseorang yang menjadi contoh tauldan amatlah penting. Kerana ada banyak ideologi di luar sana, yang tidak memiliki contoh untuk diikuti, kemudian menjadikan para pengikut ideologi itu berpecah belah dan akhirnya sesat. 

Karakter baginda amat penting, kerana di saat kita hendak mengetahui yang mana ajaran Islam yang benar, kita hanya perlu merujuk kepada penjelasan para ulama yang bersumber dari amal perbuatan yang pernah Baginda lakukan.

Di sinilah kepentingan generasi Islam menyelami kembali perjalanan hidup dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ada banyak kisah hidup Baginda  yang menakjubkan yang akan menjadi lautan hikmah yang tiada batasnya bagi kita. Buku ini akan mengungkap sedikit sahaja dari kisah-kisah yang menakjubkan tadi.

Selamat membaca.

 

 

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar