Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



KOMBO ARSENE LUPIN 3 BOOKS

RM68.00
Price in points: 68 points
Kombo-arsene-lupin
Add to wish list

Tajuk :  KOMBO ARSENE LUPIN 

ISBN :  Kombo-arsene-lupin-3books

KOMBO ARSENE LUPIN merangkumi tiga buah buku iaitu:


Arsène Lupin versus Herlock Sholmes – Edisi Bahasa Melayu (L169,PY17,Y42)

 

Mungkin tiada manusia yang dapat menyekat pencuri budiman, Arsène Lupin di dunia ini kecuali detektif terkenal dan eksentrik dari London, Herlock Sholmes! Dan apabila kedua-dua mereka bertembung, siapa yang akan menang?

Pertarungan antara mereka bermula disebabkan kes seorang profesor matematik yang mendapati meja antik yang baru dibelinya dicuri oleh Arsène Lupin pada siang hari. Tidak berapa lama selepas kejadian itu, Lupin dan profesor itu mengetahui tiket loteri yang ditinggalkan di dalam meja itu telah memenangi hadiah utama sebanyak satu juta franc. Maka bermulalah perebutan hadiah kemenangan antara kedua-dua mereka yang menggemparkan seluruh kota raya Paris. Tidak mahu mengalah, Lupin menjalankan komplot liciknya bersama-sama seorang wanita muda berambut perang dan mereka berdua berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis dengan cara yang misteri.

Seorang baron telah ditemui mati oleh pembantunya di atas lantai dengan keadaan biliknya bersepah seperti berlaku pergelutan. Pembantu tersebut keluar memanggil polis. Namun, apabila kembali, pembantu itu mendapati mayat baron sedang berada di atas katil dan bilik tidurnya berada dalam keadaan teratur. Kemudian didapatinya setiausaha baron yang baru bekerja, iaitu seorang wanita muda berambut perang telah hilang. Dan wanita muda itu disyaki adalah orang yang sama yang sentiasa mengiringi Lupin.

Detektif Ganimard mengesyaki Lupin sedang memburu sesuatu, dan ketika inilah detektif terkenal dari London, Herlock Sholmes diperlukan! Dapatkah Herlock Sholmes merungkaikan misteri yang ditinggalkan Arsène Lupin dan menghentikan perbuatan jenayah pencuri budiman itu?

 

Arsène Lupin: The Hollow Needle - Edisi Bahasa Melayu (L157, Y33)

 

Arsène Lupin cedera parah selepas merompak kediaman Count de Gesvres di Ambrumesy. Mayatnya ditemukan oleh seorang pelajar pintar berusia 18 tahun bernama Isidore Beautrelet. Orang yang menembak, iaitu anak saudara Count de Gesvres bernama Raymonde kemudian diculik dan dibunuh. Inspektor Ganimard dan Herlock Sholmes yang dipanggil untuk menyiasat juga telah diculik, termasuk bapa Isidore sendiri. Sementara itu, sekeping kertas lama yang mengandungi huruf, angka dan tanda-tanda pelik yang telah dijumpai di Ambrumésy menyebabkan Isidore ditikam.

Misteri di sebalik kejadian-kejadian berdarah dan aneh ini kemudiannya terbongkar. Ada suatu rahsia besar sedang diselindungkan – rahsia yang berusia beribu tahun melibatkan raja-raja dan pemerintah Perancis terdahulu – rahsia yang gagal menyelamatkan Marie Antoinette, dan juga menyebabkan Joan of Arc dibunuh. Apakah rahsia ini juga penyebab kematian Arsène Lupin? Dan mampukah Isidore Beautrelet membongkar rahsia ini demi menyelamatkan bapanya?

 

The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar - Edisi Bahasa Melayu (L142,S29,BL141)

 

Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran. Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.

Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout. Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!

Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dengan judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar dan pertama kali diterbitkan pada 10 Jun 1907.

Isi kandungan

  1. Penangkapan Arsène Lupin
  2. Arsène Lupin di Penjara
  3. Arsène Lupin Melarikan Diri
  4. Pelancong Misteri
  5. Kalung Ratu
  6. Daun Tujuh Lekuk
  7. Peti Besi Puan Imbert
  8. Mutiara Hitam
  9. Sherlock Holmes Tiba Terlalu Lewat
  10. Tinta Penterjemah

 

Format:
Paperback

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar