Tajuk : KOMBO HANI MYNIS
ISBN : kombo-hani-mynis
KOMBO HANI MYNIS merangkumi dua buah buku iaitu:
Urus Rumah With Hani (2019)
Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.
Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.
Susun Atur 30 Hari Hani Mynis (2020)
Kehidupan yang tersusun atur perlu mempunyai jadual dan rutin pengurusan masa yang sistematik. Buku ini memberi panduan bagaimana menguruskan kehidupan yang teratur dalam masa 30 hari yang lengkap dengan pelbagai rutin berbeza setiap hari. Antaranya:
- Sediakan To-Do List
- Blok Masa Anda
- Praktis Self-Care
- Medical Check Up
- Command Center
- Rekod Hutang dan Bil
- Sedia Awal Masakan
|
|