Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Tajuk: KOMBO TAFSIR AL-QURAN TOK GURU NIK AZIZ (11 BUKU) (HARDCOVER)

ISBN: kombo-tafsirtokguru-11buku

KOMBO ini merangkumi 11 buah buku iaitu:

- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah (HARD COVER) 
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas (HARD COVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al Qariah, Surah Al Adiyat, Al Zalzalah dan Surah Al Baiyinnah (HARDCOVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Masad. Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar,Al-Ma'un & Quraisy (HARD COVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fil, Surah Al-Humazah, Surah Al-'Asr, Surah Al-Takathur  (HARD COVER) 
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Waqiah  (HARD COVER)
- Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Surah Al-Rahman (HARDCOVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Kahfi (HARDCOVER)
- Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Surah Yasin (HARDCOVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Hud (HARD COVER)
- Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Yunus (HARD COVER)


INFO PROJEK TAFSIR AL QURAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Selepas 4 tahun pemergian Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita semua, ummah ternanti-nantikan usaha mana-mana pihak untuk mengumpulkan khazanah koleksi kuliah tafsir 30 Juzuk Almarhum untuk dibukukan bagi tatapan dan rujukan rakyat Malaysia.

 

Mutiara ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum dan pendekatan tadabbur yang sangat unik, praktikal, mudah diterima dan menusuk qalbu sangat mengesankan jiwa khalayak pendengar. Saban minggu, sesi rutin kuliah tafsir 30 Juzuk Almarhum pasti ditunggu-tunggu oleh para pencinta ilmu.

 

Namun disebabkan oleh khazanah tinggalan ilmu Tafsir 30 Juzuk Almarhum ini yang tidak diterbitkan secara tersusun dan teratur menyebabkan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum semakin hilang ditelan zaman. Kondisi dan situasi ini sangat-sangat merugikan ummah dan generasi akan datang.

Bertititik tolak dari itulah, pihak kami dengan rendah diri melancarkan satu inisiatif untuk mengumpulkan dan membukukan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum sebagai satu usaha kecil dari kami bagi memastikan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum tidak hilang di telan zaman.

 

Perlaksanaan Projek penerbitan ini adalah untuk mencapai 4 objektif seperti berikut :

 

(+) Mengumpulkan semua bahan-bahan, khazanah ilmu, ucapan, tulisan tangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

(+) Menyediakan pusat pengumpulan khazanah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

(+) Menerbitkan semula, menulis, menganalisa, mentranskrip kuliah-kuliah tafsir Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

(+) Menerbitkan Tafsir Al-Quran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga lengkap 30 juzuk Al-Quran.

Fasa 1 : Gerak kerja kerja fasa 1 melibat tugasan-tugasan seperti berikut :

  1. Kutipan Sumbangan dan dana
  2. Mengumpul dan mencari bahan dan khazanah dari pelbagai sumber
  3. Penulisan Transkrip dari audio ke teks
  4. Kerja Penulisan dan Editing
  5. Menerbit dan mencetak

 

BIODATA

Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

 

KOMBO EKSKLUSIF TAFSIR AL-QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

 

PERJALANAN BERMULA

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kelantan pada hari Sabtu 10 Januari 1931. Beliau adalah anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Berkahwin dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan dengan Tuan Sabariah, beliau mendapat 10 orang anak iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan. Pendidikan Tuan Guru bermula dari rumah melalui ayahanda beliau Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar. Kemudian beliau sempat belajar di beberapa institusi pendidikan yang wujud pada zamannya seperti Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan, Madrasah Ittifakiah di Jerteh, Besut, Terengganu, Universiti Deoband, Universiti Lahore, Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Sarjana Perundngan Islam.

 

KERJAYA & POLITIK

Sebelum terlibat dalam politik secara serius, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Kelas Dewasa yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan bagi mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan orang dewasa. Almarhum Tuan Guru pula menjadi tenaga pengajar bagi pengajian Islam kepada masyarakat. Beliau juga menjadi guru agama di beberapa sekolah agama di Kelantan seperti Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Mardhiah, Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar dan Maahad Muhammadi. Mula terlibat dengan politik bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1967. Melalui pilihara raya kecil Kelantan Hilir dengan mengalahkan Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad (UMNO) dengan majoriti 3,259 undi. Pada tahun 1990, apabila PAS memenangi pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan, beliau dilantik menjadi Menteri Besar selama 22 tahun dan bersara pada tahun 2013.

Penerbit:
Telaga Biru Sdn. Bhd
Format:
Hardcover
Halaman:
berwarna

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar