Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri #(Q8)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.30 kg
9789671697474
1 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri
ISBN: 9789671697474
Penerbit: Metromedia Solutions
Penulis: Rosman Md Shah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 214
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.295
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.2cm x 1cm
 
SINOPSIS
 
Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri genre cerpen dalam tulisan jawi ini dihasilkan oleh Rosman Md Shah (secara swa terbit) dengan kerangka untuk meletakkan kembali tulisan jawi ke persada tertinggi. Menghimpunkan 15 buah cerpen pelbagai tema yang pastinya menjentik naluri dan pemikiran anda tentang hidup dan kehidupan, perjuangan dan jati diri. Terokailah sisi fikir dan falsafah pemikiran yang baharu dan jitu. Garapan yang menguji nyali anda untuk menggali maknawi, membaca ‘tanda’ sambil mengenang dosa yang telah bercapuk. Temui sosok Tun Sri Lanang bertemu muka dengan Krusentern – panglima perang yang tidak pernah menjejaki bumi Melayu. Masih ingatkan anda dengan Pak Kaduk? Dia kini kembali bukan lagi untuk mendengar sorak-sorai atau melihat Si Biring Kunani berlawan taji tetapi membawa bersama-sama sekeping kertas dengan dakwat merah. Anda seorang pencinta yang meletakkan kekaguman cinta kepada Romeo kepada Juliet? Ketahuilah bahawa Romeo itu seorang pembunuh! Pejamkan mata anda dan nikmati tafsirnya mengalir ke ubun-ubun sehingga ke kelopak jantung usai membaca kisah ini. Teknik penulisan bervariasi. Sesuai untuk bacaan umum. Memiliki dan membaca naskhah Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri, bermakna anda telah menyokong usaha untuk memartabatkan kembali tulisan jawi sebagai khazanah warisan bangsa. Jika bukan kita, siapa lagi yang harus mempertahankannya? Kumpulan cerpen ini disokong usaha penerbitannya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, PENJANA dan MyCreative.
Penerbit:
Metromedia Solutions
Muka Surat:
214 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar