Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



 

Kurma Mabroom Premium: 250 gram

RM16.00
Price in points: 16 points
Weight: 0.32 kg
MABROOM-250
1 pieces
+
Add to wish list

Kurma Mabroom Premium: 250 gram 


Berat: 0.316kg (termasuk kotak)

Dimensi: 23 cm x 7 cm x 4.2 cm

---

Kurma Mabroom bertekstur lembut dan rasanya manis menjadikannya snek sihat yang hebat. 

Selain manis rasanya, kurma juga manis manfaatnya: 

1. Menjaga kesihatan pencernaan.

2. Mencegah risiko diabetes.

3. Meningkatkan kesihatan tulang.

4. Mencegah anemia.

5. Meningkatkan kesihatan jantung.

6. Menghalang radikal bebas.

7. Menjaga kesehatan otak.

8. Membantu menurunkan berat badan

 

6 Kebaikan Amalan Memakan Kurma

Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh kita. Ia mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Berikut adalah enam manfaat kurma yang dibuktikan secara sainstifik.

Kurma bukan sahaja enak tetapi mempunyai khasiat termasuk mengelakkan sembelit.

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit.

Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

6. Mengatasi masalah seksual

Kurma juga baik untuk kesihatan seksual - kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.


Sumber: MSTAR (https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/04/20/manfaat-kurma)

 

Penerbit:
Tamar Oasis

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar