Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Menelusuri Kegemilangan Tamadun Parsi #(L31,Q0)

RM35.90
Price in points: 36 points
Weight: 0.35 kg
9789672278931
77 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Menelusuri Kegemilangan Tamadun Parsi #
ISBN: 9789672278931
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 194
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.350kg
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 1.5cm
 
SINOPSIS

EMPAYAR Parsi, walaupun mempunyai kuasa pemerintahan yang singkat sekitar 200 tahun sahaja, tetapi pernah mempunyai empayar terkuat di dunia dan menjajah kawasan seluas lebih 2 juta kilometer persegi. Kawasan jajahannya merentasi sehingga ke selatan Mesir dan timur India. Bagaimanapun sekitar tahun 530 Sebelum Masehi, tamadun Parsi ditawan oleh pahlawan legenda Macedonia, Alexander Agung yang berjaya melumpuhkan seluruh empayar itu dan menamatkan sejarah tamadun tersebut.

Sejarah telah mencatatkan bahawa tamadun Islam telah berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di wilayah Parsi, di Iraq, Mesir, Syria, Andalus dan juga di India. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang menca- pai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan. Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasan pengaruhnya hingga ke kepulauan Melayu.

Di Parsi contohnya, lantaran Islam, keseniannya telah melalui beberapa perubahan dan evolusi. Keunikannya bermula sejak dari zaman Achaemenid di mana Persepolis dibina. Kedatangan Islam membawa perubahan yang besar dalam kesenian Parsi. Setiap dinasti Islam mempunyai keseniannya yang tersendiri. Wangsa Qajarid contohnya, merupakan kerajaan Iran terakhir yang menggayakan kesenian klasik Parsi sebelum kemasukan kesenian moden yang dibawa dari Barat. Tamadun Islam juga telah bertembung dengan tamadun-tamadun dunia yang agung termasuklah tamadun Babylon, tamadun Yunani, tamadun Rom, tamadun Parsi, tamadun China, dan tamadun India. Pertembungan tersebut berlaku melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Perluasan pengaruh Islam di Iraq menemukan tamadun Islam dengan tamadun Babylon, manakala di Syria dan Parsi, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Yunani dan tamadun Rumawi.

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan besar kepada tamadun dunia khususn- ya tamadun Parsi dalam pelbagai bidang termasuk bidang agama, falsafah, sains, ekonomi, perubatan, matematik, kemasyarakatan, bahasa dan sastera. Tokoh-tokoh Islam telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan peradaban dan tamadun Parsi.

Penerbit:
Hijjaz Records Publishing
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
194 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar