Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Minimalis (L170,Y46,Y49)

RM23.00
Price in points: 23 points
Weight: 0.25 kg
978-967-369-568-3
Out-of-stock
Add to wish list
Tajuk: Minimalis
ISBN: 978-967-369-568-3
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Faridah Ghazali
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 232
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.25
Dimensi (cm): 19.2 cm x 13.5 cm x 1.4 cm

Tidak suka dengan rumah sendiri? Terasa diri sendiri selalu membebankan? Yakin belum pernah merasa bebas dan gembira dengan apa yang ada?

Ini mungkin bukan kerana tidak mencapai apa yang dimahukan, tetapi anda belum tahu bagaimana menikmati sekecil-kecil kebebasan yang ada depan mata.

***********

Jika anda ikuti langkah-langkah dan kesedaran yang dinyatakan dalam buku ini, lebih banyak kenikmatan akan dikecapi dalam hidup seperti seorang pesakit yang mendapat bantuan penafasan. Bebas. Lapang. Tenang dan bahagia.

*****

Ada orang tak mampu tinggal dalam rumah sendiri lebih daripada 12 jam. Pernahkah anda ada rasa yang sama?

Apakah kayu ukur kepada sebuah rumah yang bebas dan menarik? 

Rumah ini sama seperti manusia. Menarik dan tidak menariknya sesebuah rumah adalah ditentukan pada individu di dalamnya. Jika mereka bijak menghargai setiap inci nilai yang ada pada rumah, maka semuanya akan nampak menarik. Setiap satunya ada nilai istimewa. 

Begitu juga dengan diri manusia, jika dia tahu menghargai setiap kelebihan yang ada di matanya, pasti semuanya indah belaka. Semuanya akan tampak lebih istimewa apabila individu itu menggunakan kanta mata lebah. 

Jadi, adakah kita salah seorang daripada individu yang tahu menghargai nilai setiap barangan dalam rumah ataupun tidak? Jika kita tahu menghargai walaupun sekecil-kecil barangan pasti untuk berada dalam rumah melebihi 72 jam pun bukanlah sebuah masalah besar. 

Dan adakah kita tahu menghargai keistimewaan yang ada pada diri, emosi, mental dan fizikal kita? Jika ya, kita sudah tahu menghargai diri sendiri, dan tahu apa yang menarik pada diri sendiri. 

Namun bagaimana jika ada individu yang belum tahu? Keluarkanlah modal kecil untuk dapatkan buku Minimalis yang akan memberikan kesan besar dalam hidupmu.

Mudah-mudahan, buku ini akan menyelamatkan sebanyak mungkin pembaca yang terperangkap dengan kehidupan penuh kehendak. Bebaskan dirimu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Nikmatilah kehidupan dan diri yang lebih murni dengan minimalis.

Sinopsis

Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kejayaan dalam memiliki ketenangan dan kebahagian bermula dengan menghargai sekecil-kecil perkara.

Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat dan semestinya lebih bebas. Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia.

 

Isi Kandungan

 

Bab 1: Kembara Minimalis

Bab 2: Jurnal Minimalis

Bab 3: Permulaan

Bab 4: Muslim Minimalis

Bab 5: Kendiri

Bab 6: Minimalis Material

Bab 7: Misi Bilik ke Bilik

Bab 8: Racun Popular

Bab 9: Buku Minimalis

Bab 10: Kebebasan

Penerbit:
Puteh Press
Muka Surat:
232 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar