BONUS: Anda juga boleh untung atas caj penghantaran.
Di BCO, kami sediakan caj penghantaran yang lebih rendah berbanding courier di luar sana. Sebagai contoh, untuk barang yang beratnya 1 kg, caj penghantaran biasa adalah RM10.49.
Namun, BCO hanya mengenakan caj serendah RM9.54 sahaja kepada anda.
Sekiranya anda kenakan caj penghantaran biasa sebanyak RM10.49 kepada pelanggan, anda masih dapat untung sebanyak 95 sen.
Jual barang dah dapat untung, caj penghantaran pun dapat untung. Untung berganda untuk anda.
JUMLAH EJEN DROPSHIP |
1,621 |
JUMLAH PRODUK |
6,314 |
JUMLAH BRAND |
203 |
DATA JUALAN
ORDER TERKUMPUL |
23,900 |
SALES TERKUMPUL |
RM1,743,909.51 |
ORDER 2015 |
5,695 |
SALES 2015 |
RM388,617.70 |
ORDER 2016 |
13,988 |
SALES 2016 |
RM1,066,009.96 |
Dengan modal yang minimum, anda mendapat akses kepada lebih 6,000 produk pelbagai kategori & lebih 200 brand terkemuka. BCO akan sentiasa menambah bilangan produk & brand terhangat di pasaran dari semasa ke semasa.
ISTIMEWA UNTUK EJEN DROPSIP
BCO menyediakan sistem website yang mudah, grup sokongan online dan khidmat pelanggan yang profesional untuk memudahkan semua urusan.
Selain itu, ejen dropship BCO juga akan menikmati keistimewaan berikut:
Diskaun bermula 10% sehingga 80%
Untung jualan setiap produk bermula RM1 sehingga RM600
Bahan promosi, gambar produk & skrip jualan disediakan
Kelas & training percuma atau dengan bayaran minimum
Makluman awal untuk info & promosi terkini
Hadiah buku & wang tunai bagi pemenang cabaran dropship
FREE SHIPPING semasa promosi terhad
Group ini berfungsi untuk:
✔ Memberikan sokongan teknikal jualan kepada ahli dropship
✔ Channel komunikasi antara ahli dropship dengan BCO & sesama ahli dropship
✔ Menerima cadangan produk-produk baru yang perlu dimasukkan sebagai produk dropship
✔ Medium bagi BCO menghebahkan promosi, produk baru dan tawaran eksklusif kepada ahli dropship termasuk cabaran Dropship
✔ Medium bagi BCO berkongsikan bahan & skrip jualan bagi membantu ahli dropship
Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA
Jaminan wang dikembalikan
Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian
Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar
1. Ahli dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun dropship boleh diaktifkan.
2. PTS Bookcafe berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.
3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.
4. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.
5. PTS Bookcafe berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar.
6. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari PTS Bookcafe. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
7. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. PTS Bookcafe akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking no kepada ahli dropship.
8. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.
9. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.
10. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invoice. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.
11. PTS Bookcafe tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invoice/bahan promosi yang berkaitan dengan bookcafe dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.
12. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak PTS Bookcafe untuk diselesaikan sekiranya perlu.
13. PTS Bookcafe berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).
14. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.
15. PTS Bookcafe tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.
16. PTS Bookcafe hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;
- Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)
- Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya
- Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari PTS Bookcafe
17. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. PTS Bookcafe tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.
BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?
Order yang dibayar sebelum 10 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja).
Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.
Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI
Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA
Jaminan wang dikembalikan
Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian
Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar