Penerbit: Ibde
Penulis: Pamela Ong Siew Im
Muka Surat: 280
Berat (kg): 0.400
Dimensi:
Membaca sejarah Dato’ Onn bererti membaca sebahagian sejarah pembentukan negara ini. Bapa nasionalisme Melayu ini berjaya menggembleng kekuatan rakyat Tanah Melayu untuk melawan penjajah, seterusnya membuka jalan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Pernah berseteru dengan Sultan, dibuang negeri dan menyara hidup sebagai kuli, turun naik dan cabaran yang dihadapi Dato' Onn jelas menunjukkan nekad dan kekuatan dalam perjuangannya
Diterjemah daripada One Man’s Will: A Potrait of Dato Sir Onn bin Ja'afar, karya yang ditulis sendiri oleh Pamela Ong Siew Im, peguam dari Pulau Pinang—buku ini menggariskan perjalanan hidup Dato’ Onn sejak zaman kanak-kanak hingga ke zaman beliau menjadi pelajar, ahli politik, wartawan dan pemimpin. Turun naik dan cabaran yang dihadapi Dato’ Onn menunjukkan kekuatan semangat dan idealismenya.
BONUS:
Buku ini juga istimewa kerana turut menyertakan surat dan rencana yang ditulis Dato’ Onn dalam The Sunday Mirror.