Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Noktah Sebuah Penantian : Anwar PM10 (L55,BL85)

RM60.00
Price in points: 60 points
Weight: 0.78 kg
9789672643814
12 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Noktah Sebuah Penantian : Anwar PM10
ISBN: 9789672643814
Penerbit: Tinta Merah
Penulis: Mohd Sayuti Omar
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 580
Halaman: Hitam Putih dan Bewarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.775kg
Dimensi (cm): 3.5cm x 14cm x 21.5cm
 
SINOPSIS
 
BAGAIMANA Anwar Ibrahim tidak lelah dan kalah dalam menanti kerusi keramat, jadi perdana menteri, demikian juga dengan MSO tidak pernah lelah dan putus asa menunggu Anwar bertakhta di situ. Wadah menanti Anwar itu ialah menerusi buku-buku dan beribu tulisan berupa ulasan dalam pelbagai media. Dari buku Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti (1990) sampailah ke Noktah Sebuah Penantian (2022), MSO tidak berhenti menggarap dan menganalisa perjalanan panjang penuh ranjau politik Anwar Ibrahim.

Selepas menegur dan berspekulasi masa depan politik Anwar sebaik menjejak kaki dalam Umno 1982, MSO terus memeriksa pelaluan politik Anwar dan membelanya apabila dikhianati oleh Dr Mahathir Mohamad 1998 dengan bukunya "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa." (1998).

Lebih dua dekad MSO membela dan berdoa mengharap Anwar akan jadi PM, dimana ketika orang lain sudah kecewa dengan masa depannya, namun beliau masi kejap bertahan, meyakini Anwar akan muncul jadi PM.

Kerana terlalu lama menanti timbul juga cemas dalam hati menyebabkan MSO menyoal dan menjelaskan situasi itu kepada yang meragui akan janji-Nya dengan sebuah buku berjudul; Mengapa Anwar Belum Jadi PM? (2021)

Sesungguhnya MSO yakin bahawa Anwar tetap akan jadi PM. Menurut firasat Melayu ada tanda yang MSO kesani pada tubuh Anwar jetapi tidak nampak pada orang lain akan "tuah" itu menunjukkan Anwar akan tetap jadi PM.
 
MSO yakin dengan firasatnya itu, bahawa pemenjaraan Anwar hampir 10 tahun tidak akan mengalah wira bangsa itu. Persilangan kepada peluangnya untuk jadi PM sama sekali tidak menjadikannya berputus asa. Bahawa MSO menyakini Anwar tidak akan mengaku kalah dan berdukacita dengan apa dilaluinya. Justeru MSO menyifatkan penjara bukan tempat menguburkan perjuangan Anwar, terlahirlah buku "Penjara Bukan Pusara" (2021) menjadi motivasi dan penawar kepada para pendamba Anwar jadi PM.

Selepas empat tahun MSO menzahirkan keyakinannya itu, tanggal 24 November 2022 ia menjadi kenyataan apabila Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM10).

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar