Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Panduan Solat Ketika Bencana # (L12)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.24 kg
9789674617059
10 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Panduan Solat Ketika Bencana
ISBN: 9789674617059
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Nazrul Hassan
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.240
Dimensi (cm): 21 x 15 x 1.5
 
SINOPSIS
 
Bencana dan malapetaka adalah sesuatu yang berlaku di luar jangkaan manusia. Namun, kejadian bencana tidak seharusnya menjadi penghalang bagi kita menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam aspek ibadat. Setiap umat Islam yang memenuhi syarat masih mempunyai tanggungjawab dalam menunaikan ibadat yang diwajibkan ke atas mereka.

Meskipun begitu, agama Islam sebagai agama syumul mempunyai tatacara tersendiri bagi pelaksanaan ibadat wajib dalam situasi bencana. Perincian serta penjelasan mengenai proses ibadat ketika keadaan bencana ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga kepentingan umatnya serta tidak memberatkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan ketika bencana.

Panduan Solat Ketika Bencana ini adalah penjelasan secara menyeluruh mengenai aspek-aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam melaksanakan ibadat solat ketika menghadapi bencana. Kandungannya merangkumi definisi serta jenis bencana yang berlaku, pengertian rukhsah, perbahasan hukum serta kaedah solat ketika bencana dan garis panduan asas untuk umat Islam melaksanakan solat mengikut kesulitan bencana yang menimpa. Penerangan bagi setiap tatacara adalah mengikut prinsip-prinsip yang digariskan dalam Islam sesuai dengan keadaan serta kesukaran yang dihadapi oleh umat Islam.

Penerbit:
Penerbit USM

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar