Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Politik Islam dan Melayu #(Q8)

RM39.90
Price in points: 40 points
Weight: 0.43 kg
9789675128240
2 pieces
+
Add to wish list

Buku ini merupakan sebahagian daripada sejumlah himpunan rencana dan tulisan Dr. Asyraf Wajdi yang telah pun tersiar di akhbar- akhbar perdana. Koleksi rencana yang dipilih untuk dimuatkan dalam buku ini seiring dengan focus utamanya yang cuba menyingkap dan menelusuri secara kritis isu- isu yang melingkari politik Islam dan Melayu masa kini

Seterusnya, buku ini bermatlamat merungkai persoalan agenda politik Islam dan perjuangan umat Melayu dalam konteks negara Malaysia.  Apabila disebut sahaja perkataan politik, maka tergambarlah seribu satu persepsi yang menanggapinya dengan segala kekotoran, kejelikan dan keserabutan. Kedangkalan memahami kuasa dan politik ini lantas menjerumus ramai politikus Islam ke dalam kancah budaya dan amalan politik Machiavelli yang menghalalkan segala cara demi menggapai cita-cita yang hakikatnya bersifat fatamorgana.

Lantaran itu, agenda perjuangan Melayu harus sentiasa berpaksikan nilai-nilai Islam sejati yang bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, kesaksamaan, kesederhanaan, rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat.  Dengan menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran Islam sahajalah mampu menjelmakan semangat luhur kebangsaan yang tidak mudah terjerat dalam kerangka asabiah jahiliah atau fanatik kesukuan melulu.

Terbukti sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamik dan daya juang setiap pendukungnya. Sememangnya, orientasi Islam yang menjadi teras perjuangan memartabatkan bangsa adalah sifat unik negara ini yang perlu dicanai dan diperkasa secara berterusan.

Buku ini turut menelusuri pelbagai isu semasa yang melingkari umat Melayu termasuklah aspek pemerkasaan ekonomi, bahasa, pendidikan, sosial, syariat dan syiar agama Islam. Polemik politik di kalangan umat Melayu-Islam yang ada pasang surutnya turut ditelaah dengan  matlamat agar wujud kesedaran peri pentingnya dilakuakn transformasi ke arah penjernihan politik demi agenda perjuangan yang lebih besar.

Akhirnya, apa yang lebih penting ialah supaya setiap warga meletakkan kepentingan Islam, bangsa dan negara lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi mahupun parti yang mampu memporak-perandakan negara.  Mudah-mudahan kupasan dan perkongsian fikrah yang dihimpunkan dalam buku ini akan dapat memberikan sedikit pencerahan terhadap pelbagai isu yang melingkari politik Islam dan Melayu. – ABABIL

Penerbit:
YADIM
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
310 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar