Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Rahsia Misteri Besi Kersani #(Q8)

RM29.90
Price in points: 30 points
Weight: 0.35 kg
9789672394167
Out-of-stock

Tajuk: Rahsia Misteri Besi Kersani
ISBN: 9789672394167
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Ibnu Ibrahim At-Tawari
Tahun Terbit: 2021
Muka Surat: 360
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.35 kg
Dimensi(cm): 20.2 x 12.7 x 1.8

Kekuatan besi kersani turut dicatatkan dalam bahan-bahan bertulis seperti Bustanus Salatin, Syair Hamzah Fansuri dan lagu nyanyian M. Nasir, Mentera Semerah Padi. Namun demikian, sukar diterangkan bentuk mahupun rupa sebenar besi kersani. Teori atau penjelasan tentang besi tersebut lazimnya bercanggah. Tidak kurang pula teori-teori yang sukar diterima akal. Dalam hal ini, bergantung kepada daerah dan pegangan sesebuah masyarakat, besi kersani turut dikenali sebagai kursani, qursani, kharsani, khurasani, dan khursani. Dari sudut akar kata, dapat dijangkakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada Khurasan, yakni sebuah daerah besar yang meliputi Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan.

Kersani turut disebut dalam beberapa mantera Melayu. Secara khususnya, mantera-mantera tersebut memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan kekuatan besi kersani kepada diri mereka. Bagi segelintir individu, kersani dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia. Dalam hal ini, individu berkenaan akan menggunakan mantera-mantera tertentu bagi membangkitkan semangat besi tersebut. Semangat besi tersebutlah yang kononnya menjadi sumber kekuatan batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani. Dalam erti kata lain, semangat besi tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya kesaktian yang luar biasa. Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan
besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga.

Proses mewujudkan besi dalam dirinya bermula dengan pengamal membayangkan kekuatan yang mengalir dalam urat-urat saraf. Lazimnya berpusat dari bahagian tapak tangan, besi kersani tersebut akan bertindak semacam cecair dan menjalar ke seluruh tubuh: Kononnya, pendekar lalu berkemahiran tinggi dalam ilmu tersebut dan mempunyai keupayaan membuat diri mereka kebal dan kelis senjata. Guru- guru terdahulu dikatakan teramat memilih dalam menurunkan ilmu basi tersebut. Tidak menghairankan, ilmu tersebut menjadi semacam fenomen yang diidamkan sebahagian orang Melayu.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar