Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



(OS) Running Man (Don't Walk but Run): Edisi Bahasa Melayu (L157,BL157)

RM19.90
Price in points: 20 points
Weight: 0.35 kg
978-967-410-189-3
74 pieces
+
Add to wish list
Format: Paperback
Saiz: 170mm x 243mm
ISBN-13: 978-967-410-189-3
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Jumlah Muka Surat : 176
Berat (kg): 0.35
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

 

Rancangan televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!

Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan  selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan.

Kali ini, mereka perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misinya menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.

Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakan mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?

Don't walk but run, Running Man! 

Dapatkan stiker menarik bagi setiap pembelian! 

 

Gelombang hallyu diteruskan dengan kemunculan program televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!

 

Mari menyelesaikan misi bersama-sama peserta Running Man dan selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan bersusah payah menyempurnakan misi yang diberikan. 
Rancangan yang ditonton oleh jutaan peminat seluruh Asia ini bukan sahaja  
menunjukkan aksi tangkas pesertanya, malah turut memaparkan 
 informasi dan lokasi menarik di Korea seperti 
perkampungan budaya, tempat penggambaran,  
tempat peranginan dan lain-lain.

 

Kali ini misi mereka adalah menyelamatkan penyanyi terkenal, Yoona daripada diculik oleh penjahat Blagoose.
 
 Apakah cabaran mereka? Perlukah Yoo Jae Suk menunjukkan kehebatannya bermain ddakji, ataupun Kim Jong Kook mengejar lawannya seganas harimau, ataupun Lee Gwang Soo membuat helah terbaiknya?
 
 
=======================================================
 
 
Review
 
 
 
 

Tarian kuda Gangnam Style sudah menggegarkan seluruh dunia. Artis Kpop menjadi pujaan dan kegilaan ramai anak-anak gadis. Drama Korea pula pasti diselangi dengan gelak ketawa dan esak tangis jutaan penontonnya dari pelbagai peringkat usia. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Korea, pasti akan menjadi topik hangat perbualan semasa. Fenomena luar biasa yang menyebarkan budaya Korea ke seluruh dunia ini dikenali dengan Gelombang Hallyu.

Malaysia juga tidak ketinggalan dilanda Gelombang Hallyu. Antara yang paling hangat di Malaysia pastinya Running Man, iaitu rancangan televisyen paling popular di Korea yang ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia. Rancangan yang berkonsepkan game show ini menjadi fenomena dan disukai ramai. Setiap episodnya sentiasa ditunggu-tunggu dan biasanya akan ditonton berulang-ulang kali oleh peminat setianya.

Tambah menggembirakan para peminatnya, komik asal Running Man dalam bahasa Korea, kini sudah diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu. PTS Pop Sdn. Bhd. diberi lesen dan hak penerbitan secara eksklusif bagi komik popular ini. Telatah ahli Running Man pasti mengundang tawa yang berpanjangan, mendebarkan, dan kadang-kadang mampu mencuit emosi hingga mengalirkan air mata para penonton.

Dalam komik edisi pertama ini, ahli Running Man perlu menyelamatkan Yoona, seorang penyanyi popular yang diculik oleh Prof. Blagoose yang mahu menguasai dunia dan menyebarkan kuasa kegelapan. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona menjadi senjata bagi menjayakan misi jahatnya itu. Berjayakah Running Man menjayakan misi yang diterima oleh mereka?

 

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar