Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Semuanya Soal Hati (M2)

Rak: L24
RM36.00
Price in points: 36 points
Weight: 0.76 kg
9789673881321
Out-of-stock
=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789673881321
Jumlah Muka Surat: 446
Berat (kg): 0.759
Penulis: Ustaz Pahrol Mohammad Juoi 

 Sinopsis : 

Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Radu: 28)

Rasuullah Saw juga bersabda, bermaksud: "Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki - bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. 

Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara 'kesihatannya' agar lahir sigat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. 

Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara 'auto pilot'. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikirkan-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, "Inilah hakikat akhlak mulia." 

Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku "Semuanya Soal Hati" ini! 

Penerbit:
TELAGA BIRU
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Rak:
L24

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar