Penerbit: Faqih Synergiz Training & Cunsultancy
Penulis: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Nazifatunnisa Salim
Muka Surat: 290
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.465kg
Dimensi (cm): 1.5cm x 15cm x 23cm
Buku ini memaparkan lebih 50 hadith darihal keindahan syurga. Memukau sungguh penceritaan Nabi s.a.w. sehingga membuatkan kita merindui syurga tersebut. Syurga itu ialah kampung halaman kita, tempat ayahanda kita Nabi Adam a.s. dan bonda kita Hawwa' berdiam dahulu. Kita mesti kembali ke kampung halaman,kita mesti berusaha.
Apabila anda menatap buku ini, ada beberapa persoalan yang akan terjawab.
-Apakah bahan yang digunakan untuk membina syurga?
-Bagaimanakah caranya untuk kita membina rumah dan menanampohonan di syurga?
-Bolehkah kita meneruskan hobi kita di dunia apabila ke syurga kelak?
-Bolehkah kita menziarahi kediaman para Nabi khususnyaNabi Muhammad s.a.w.kesayangan kita?
-Benarkah kita sudah ditunjukkan kediaman di syurga semasa di alam barzakh lagi?
-Benarkah ada roh orang yang sudah meninggal dunia yang menginap dalam ronggaburung hijau?
-Di manakah anak-anak yang meninggal dunia semasa kecil menetap sekarang?
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membaca karya bersama Ustaz Dzulkhairi dan Ustazah Nazifah ini. Menatap pengkisahan tentang syurga daripada orang yang berpengalaman sendiri,iaitu Rasulullah s.a.w.