Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Tombiruo Terakhir (Z14,PY23)

RM25.00
Weight: 0.45 kg
9789674464219
13 pieces
+
Add to wish list

Tajuk:Tombiruo Terakhir
ISBN:9789674464219
Penerbit: Karangkraf
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 581
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.450
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 4cm

Sinopsis

 

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia.

Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. 

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. 


Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. 


Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia.

Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan Seorang Tombiruo. 


Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah Tombiruo Terakhiryang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? 

 

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Penerbit:
Karangkraf
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
581 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar