Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Tradisi Ratib al-Haddad di Alam Melayu: Manuskrip, Sanad, Kitab, dan Pembudayaannya (L89)

RM45.00
Price in points: 45 points
Weight: 0.48 kg
9789672422235
2 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Tradisi Ratib al-Haddad di Alam Melayu: Manuskrip, Sanad, Kitab, dan Pembudayaannya
ISBN: 9789672422235
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd 
Penulis: Abdul Razak Abdul Rahman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 277
Format: Softcover
Berat (kg): 0.48 kg
Dimensi (cm): 21.6 cm x 14 cm x 2 cm
 
Sinopsis
 
“Barangsiapa orang yang membiasakan atas rātib kami, nescaya dikurniai [oleh] Allāh akan dia sebaik-baik kesudahan mati dalam kalimah (ḥusn al-khātimah)” - al-Imām al-Ḥabīb ‘Abdu’Llāh ibn ‘Alawī al-Ḥaddād.
 
“Ini Rātib bagi al-Ḥabīb ‘Abdu’Llāh bin ‘Alawī al-Ḥaddād juga yang banyak manfa‘at dunyā dan akhirat lagi ẓāhir berkatnya bagi mereka yang ber‘amal dengannya.” – Almarhum Tuan Guru Ḥāji Sulong al-Faṭānī.
 
Rātib al-Ḥaddād ialah sebuah ‘amalan yang disusun oleh seorang Walī Allāh yang besar di dalam sejarah ummat Islam iaitu Quṭb al-Irshād al-Imām al-Ḥabīb ‘Abdu’Llāh ibn ‘Alawī al-Ḥaddād yang beraṣal dari Ḥaḍramawt, Yaman. ‘Amalan Rātib al-Ḥaddād tidak asing lagi di kalangan bangsa Melayu dan telah di‘amalkan semenjak sekian lama.
 
Karya ini mengumpul dan melampirkan manuskrip Jawi Rātib al-Ḥaddād dan kitab-kitab Jawi yang melampirkan Rātib al-Ḥaddād. Karya ini juga menjelaskan siapakah ‘ulama di ‘Alam Melayu yang meng‘amalkan ratīb ini serta sanad mereka yang bersilsilah kepada Imām al-Ḥaddād.
 
Karya ini juga menerangkan tentang pengaruh ‘amalan Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu antaranya di Terengganu, Johor dan lain-lain negeri Melayu.
Penerbit:
Akademi Jawi Malaysia
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar