1. Ada masalah order?

2. Mahu buku rosak diganti?

3. Mahu wang dikembalikan?

4. Dah Terima Bayaran Saya?

Prosedurnya adalah seperti berikut:

 

1. ADA MASALAH ORDER?

- BUKU ROSAK?

- SALAH ORDER?

- KUANTITI TIDAK CUKUP?

- LAIN-LAIN MASALAH?

**Nota: Pastikan Dropshipper dapatkan maklumat/dokumen yang diperlukan mengenai masalah dengan lengkap daripada pelanggan.

1. Emelkan kepada kami di orders@bookcafe.com.my dengan tajuk:

MASALAH ORDER XXXXX
(Gantikan XXXX dengan nombor order anda)

2. Nyatakan masalah yang dihadapi.
3. Lampirkan gambar order yang diterima (Kerosakan/masalah berkaitan daripada pelanggan):

   i. Gambar masalah atau kerosakan
   ii. Gambar person incharge yang tertera di kertas ucapan terima kasih / invoice (Contoh: Alpha / Bravo / Charlie /Delta / Echo)

4. Kami akan hubungi anda untuk tindakan seterusnya.

**Mohon emelkan kepada kami dalam tempoh 7 hari daripada tarikh order diterima.

 

2. BUKU ROSAK AKAN DIGANTI BARU

1. Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak.

2. Buku yang salah cetakan, hilang muka surat dan sebagainya akan diganti dengan buku yang baru.

3. Buku yang rosak fizikalnya dalam proses penghantaran juga akan diganti dengan buku yang baru.

4. Kos penghantaran buku yang baru ditanggung oleh Bookcafe.

 

3. REFUND (Baki Bayaran / Double Payment / Tiada Stok)

1. Berkuatkuasa Pada 17 Ogos 2017, segala urusan refund akan dibayar menggunakan kaedah pemberian Points.

2. Refund points adalah points yang diberikan sebagai ganti kepada refund tunai.

3. Satu (1) point bersamaan dengan RM 1.00 . Point akan dimasukkan dalam akaun Bookcafe anda. Anda boleh Redeem Points tersebut untuk membeli dan membayar di Bookcafe pada bila-bila masa sahaja.

4. Emel akan diberikan setelah points masuk ke dalam akaun Bookcafe anda.

5. Keterangan lanjut refund points, Klik di sini : Refund Points

 

4. DAH TERIMA BAYARAN SAYA?

Yang ada masalah payment menggunakan MOLPay, jangan bimbang.

1. Data order dropshipper ada dalam sistem kami, tapi dropshipper tak dapat akses.

2. Hanya emailkan ayat berikut kepada Bookcafe: orders@bookcafe.com.my :

 

** COPY PASTE & TUKAR EMAIL SAHAJA **

 

Tajuk/Subjek: Dah Terima Bayaran Saya?


Isi:


Assalamualaikum. Saya ada buat order & dah bayar, tapi ada masalah sistem. Saya gunakan email ini untuk buat order: xxxx@xxxx.xxx


Nyatakan jumlah yang telah dibayar.

Sekian terima kasih.

 

 

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar