Tajuk: 10 Sahabat Dijamin Syurga
ISBN: 9789672234166
Penerbit: Latip dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 282
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.366kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 1.5cm
SINOPSIS
Diriwayatkan daripada Abdurrahman bin Auf r.a, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Uthman di syurga, Ali di syurga, Thalhah bin Ubaidillah di syurga, Zubair bin Awwan di syurga, Abdurrahman bin Auf di syurga, Sa'ad bin Zaid bin Amru bin Naufall di syurga, dan Abu Ubaidah bin Jarrah di syurga."
Betapa istimewanya mereka apabila Nabi Muhammad SAW sendiri yang menjamin mereka masuk ke dalam syurga.
Mereka inilah di antara yang tanpa ragu mnerima Islam dan mempertahankan Islam dengan segala apa perkara yang dikurniakan Allah SWT. Berada bersama sewaktu getirnya Rasulullah SAW menyebarkan Islam dan mengembangkan sayap Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ada juga yang menjadikan badan sendiri sebagai perisai untuk nabi tercinta, menyertai hampir semua peperangan bersama nabi, cacat anggota badan, gugur syahid, menjadi mangsa fitnah, dan ada juga tanpa rasa bakhil, menyedekahkan seluruh harta ke jalan Allah SWT.
Dan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, ada di antara mereka menyebarkan Islam ke setiap pelusok dunia termasuklah China. Memerangai golongan murtaddan yang tidak mahu membayar zakat.
Walaupun dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW, mereka langsung tiada sifat sombong, bongkak, takbur, riak, ujub dan bermegah diri, malah mereka terus zuhud dan sentiasa berusaha menambah amal ibadah mereka.
Penerbit:
Latip dan Keluarga Enterprise
Muka Surat:
282 Muka Surat