Penerbit: Galeri Ilmu
Muka Surat: 592
Berat (kg): 1.00 kg
Dimensi (cm): 23.50cm x 16.50cm x 1.00cm
Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari asalnya bersaiz kompak dan menjadi bahan pengajaran di masjid dan surau serta bahan rujukan di sekolah dan universiti.
Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman.
Edisi ini memaparkan judul:
- 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama
- 40 Hadis Akhlak Mulia
- 40 Hadis Penawar Hati
- 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
- Bonus Kiamat Hampir Tiba
MENGENAI PENULIS
Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, berasal dari Amuntai, Banjamasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pernah berguru dengan Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi di India. Antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki, sehingga di anugerahkan gelaran keluarga 'Al-Maliki'.
Beliau adalah mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia. Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Selain memiliki Pondok Pesantren YASIN di Guntung Manggis, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, beliau juga menabur bakti di Madrasah Tarbiah Islamiah derang, Pokok Sena, Kedah.
Antara buku-buku lain yang pernah dikumpul, disusun, diterjemah dan ditahqiq oleh beliau adalah Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, Bidayatul Hidaya Ayyuhal Walad dan Bustanul Arifin.