Penerbit: Galeri Ilmu
Muka Surat: 145
Format: Softcover
Berat (kg): 0.214
Dimensi (cm): 21 X 14 X 1
- Naskhah istimewa ini menghimpunkan enam surah pilihan yang lazim dibaca setiap hari oleh umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.
- Kesemua surah tersebut dilengkapi dengan terjemahan per baris bagi memudahkan pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat. Di samping turut disertakan dalil-dalil fadhilat di bahagian akhir setiap surah.
- Buku ini juga memuatkan al-Ma’thurat, yang merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Setiap zikir dan doa disertakan dalil daripada Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah ﷺ. Ia bertujuan supaya pembaca dapat mengamalkan al-Ma'thurat dengan lebih yakin dan mengetahui sandaran nas.
- Antara kelebihan mengamalkan al-Ma’thurat ialah:
- Dilindungi daripada gangguan syaitan
- Dijauhkan daripada kemudaratan
- Menghidupkan hati
- Menghilangkan rasa duka cita
- Memperoleh syafaat Rasulullah ﷺ pada hari Kiamat
- Dimudahkan urusan bagi melunaskan hutang