Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Ajaibnya Solat Subuh (Q13)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.17 kg
OS
Out-of-stock
Add to wish list
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-411-048-2
Tarikh Terbit: 16 Nov 2012
Jumlah Muka Surat : 128

Berat (KG): 0.17

Kategori: Doa & Amalan

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

 

Solat Subuh, Tanpanya Kita Lumpuh

Syaitan mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan ketika manusia tidur.

Syaitan berkata, "Engkau ada malam yang panjang, maka tidurlah terus!"

Apabila orang itu bangun, lalu berzikir kepada Allah, maka terurailah satu ikatan. Selanjutnya, apabila dia terus berwudhuk, terurai pula ikatan kedua. Apabila dia bersolat, maka terurailah ikatan keseluruhannya.

Apabila terurai semua ikatan, insan itu memulakan hari dengan bersemangat serta berhati gembira.

Namun, apabila berlaku sebaliknya, dia memulakan hari dengan menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas. Hadith ini disepakati oleh ulama hadith.

 

 

 

Pendahuluan

Bab 1: Solat Subuh adalah Ujian 
Mengapa Perlu Ada Ujian? 
Ciri-Ciri Ujian 
Ujian yang Berat

Bab 2: Mengapa Solat Subuh Terasa Berat? 
Perselisihan Aturan Malam dan Siang 
Waktu Nyenyaknya Tidur 
Bekerja Siang dan Malam 
Cinta pada Tidur dan Malas

Bab 3: Mengenali Waktu Subuh 
Waktu Fajar 
Batas Waktu Solat Subuh 
Dahsyatnya Waktu Subuh 
Mungkinkah Kita Bangun pada Waktu Subuh?

Bab 4: Keajaiban Solat 
Keutamaan Solat 
Keutamaan Solat Berjemaah

Bab 5: Hikmah Solat Subuh 
Disaksikan oleh Malaikat
Dimurahkan Rezeki 
Mendapat Perlindungan daripada Allah 
Solat Subuh Sama Nilainya dengan Solat Tahajud Sepanjang Malam 
Sumber Cahaya pada Hari Kiamat 
Antara Sebab Masuk ke Syurga 
Dapat Melihat Allah 
Menyelamatkan Kita daripada Seksa Neraka 
Lebih Baik daripada Dunia dan Seisinya 
Pengukur Tahap Keimanan 
Media Pendidikan bagi Umat 
Media Memperbaharu Iman 
Solat Subuh Adalah Istimewa

Bab 6: Manfaat Solat Subuh dari Sudut Kesihatan 
Terapi Semula Jadi Pelbagai Penyakit 
Menguatkan Paru-Paru 
Meningkatkan Ketahanan Tubuh

Bab 7: Akibat Mengabaikan Solat Subuh
Malas Sepanjang Hari
Dihina oleh SyaitanDimasuki Sifat Orang Munafik dalam Hati
Tidak Mendapat Jaminan daripada Allah dan Rasulullah s.a.w. 
Tidak Disaksikan oleh Malaikat 
Tidak Mendapat Cahaya yang Sempurna ketika Melintas Sirat 
Terhalang daripada Melihat Allah 
Diancam dengan Seksaan 
Terjerumus dalam Kemaksiatan 
Diseksa dalam Kubur

Bab 8: Tip Mudah Solat Subuh 
Ikhlas
Azam yang Kuat 
Tidur Lebih Awal 
Menjauhi Dosa dan Maksiat
Jangan Makan Terlalu Kenyang 
Selalu Mengingati Kelebihan Solat Subuh 
Mengikut Cara Tidur Rasulullah s.a.w. 
Menggunakan Cara yang Dapat Membantu Kita Bangun daripada Tidur 
Terus Berzikir dan Menyalakan Lampu ketika Bangun 
Berdoa

Penutup

Bibliografi

Biografi Penulis

===========================================

Review

 

 

Jika jumlah orang Islam yang hadir ke masjid untuk solat Subuh berjemaah sama banyaknya dengan jumlah jemaah solat Jumaat, ketika itulah saat kehancuran Israel semakin hampir. Tiada dalil daripada Al-Quran atau hadis yang menyebut tentang perkara ini, namun ia adalah bukti kepada semangat perjuangan dan kesungguhan umat Islam untuk memenangkan Islam. Bantuan Allah tidak akan datang kepada umat Islam jika masing-masing hanya sibuk mencipta senjata canggih tetapi lupa menyediakan senjata iman. Islam pasti dapat menguasai dunia dan berada di kemuncak kegemilangan apabila majoriti umat Islam mampu untuk solat Subuh secara berjemaah.

 

Jihad yang paling utama adalah melawan nafsu. Perjuangan untuk solat Subuh secara berjemaah sangat sukar. Nafsu ingin menyambung tidur dan dibuai oleh mimpi yang indah sangat sukar diatasi. Syaitan pula membisikkan pujuk rayu supaya kita terus lena sehingga mengabaikan solat Subuh. Sekiranya solat Subuh yang paling mencabar ini dapat dibuat secara berjemaah, pastinya solat-solat yang lain mudah untuk dilaksanakan. Lebih indah lagi sekiranya solat Subuh berjemaah ini disempurnakan dengan qiamullail. Hati manusia yang cintakan masjid dan gemar beribadah seperti ini pasti akan dikurniakan dengan nikmat kemanisan iman.

 

Betapa ajaibnya solat Subuh. Hari yang dimulakan dengan solat Subuh akan diberkati oleh Allah. Sungguh beruntung orang yang bersolat Subuh kerana didoakan oleh Rasulullah, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mana mereka suka bangun Subuh.” Hadis ini direkodkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ahmad, dan Ibnu Majah.

 

Beruntunglah orang yang bersolat Subuh, namun celakalah orang yang mengabaikannya, “Solat yang berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu perkara yang terkandung dalam solat ini, tentu mereka datang bersolat walaupun terpaksa merangkak.” Hadis ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Jika kita berangan-angan mahu masuk ke syurga, sedarlah yang syurga ini diharamkan bagi orang yang munafik. Audit diri dan iman kita, adakah solat Subuh kita sentiasa terjaga? Mudah-mudahan iman kita tidak dicemari dengan titik kemunafikan.

 

Untuk menyedarkan kita daripada tidur yang lena, seorang hamba Allah yang bernama Fahrur Mu'is dikurniakan ilham bagi menulis buku yang bertajuk “Ajaibnya Solat Subuh”. Tulisannya begitu tulus dan halus. Tulisannya amat menyentuh hati dan mampu menyuntik kekuatan untuk kita menyahut seruan “Hayya 'alassolah” pada dinihari yang sejuk dan mencabar bagi orang yang lena diulit mimpi.

 

Ajaibnya solat subuh dan beruntunglah orang yang bersolat Subuh. Lebih banyak lagi keajaiban solat Subuh yang dikupas dalam buku “Ajaibnya Solat Subuh” terbitan PTS Millennia ini. Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar