===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 978-967-361-013-6
Jumlah Muka Surat: 263
Berat (Kg): 0.41
===========================
Buku Allah is Calling ini mengumpulkan pengalaman hidup 'saudara-saudara kita' yang bertuah kerana menjadi insan terpilih. Kini, demi meraih keredhaan Allah, ketenangan jiwa dan kehidupan yang lebih bermakna, mereka berjuang menyebarluaskan dakwah kepada insan-insan yang masih bergelumang dalam kegelapan. Buku yang padat dengan inspirasi dan sarat dengna motivasi, wajar dimiliki sebagai sumber informasi dan koleksi peribadi.
Buku ini diharap boleh membantu saudara-saudari kita memperkasakan diri mereka dengan Islam agar terus istiqamah atau konsisten sepertimana saudara-saudara mereka dalam kalangan mualaf yang berada di Eropah dan sebagainya.
Paparan dalam buku ini menjawab segala persoalan yang timbul dengan memaparkan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang memeluk Islam; ada yang diceraikan suami, dibuang keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan kaum kerabat yang jauh dan dekat.
Ia menunjukkan setiap daripada kita mesti melalui ujian tribulasi yang menjadi ‘Sunnatullah’ atau peraturan Allah di muka bumi kerana Allah berfirman:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 – 3)