Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 9789674392185
Jumlah Muka Surat: 135
Berat (Kg): 0.15
===========================
ANAK zina adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dan segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, bahkan sebenamya anak itu adalah sempuma dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Firman Allah SWT, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah at-Tin 95:4)
Janganlah kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan kesalahan ibu bapanya. Berdosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah SWT, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan Allah SWT, mengampunkan segala dosa keterlanjuran mereka dahulu. Sesungguhnya Allah SWT, menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan status anak zina, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih menyayangi anak-anak yang tidak berdosa ini.