Penerbit: ZI Publications Sdn Bhd
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 290
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.30 kg
Dimensi (cm): 18 cm x 11.5 cm x 2 cm
Antara Sunnah Melayu dan Sunnah Rasul adalah koleksi artikel mengupas isu-isu berkait dengan pemikiran masyarakat Melayu Islam dalam bidang agama, politik dan pendidikan yang kebanyakannya menggambarkan kesempitan pemikiran yang bercanggah dengan intipati ajaran Nabi Muhammad serta konteks keperluan hidup moden dan semasa.
Penulis menghuraikan hujahnya berdasarkan beberapa peristiwa serta komen-komen yang mengelirukan bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam tetapi juga sekaligus memberi kesan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam serta penganutnya.
Selain mengkritik isu yang dibangkitkan juga memberi saranan baru agar Masyarakat Melayu Islam di negara ini mengambil sikap yang lebih terbuka dan saling bertoleransi menerima hakikatmenerima hakikat kepelbagaian budaya dan agama di kalangan rakyat Malaysia selaras dengan ajaran Islam yang melarang cercaan, fitnah dan kutukan kepada penganut agama lain. Orang Islam tidak boleh hidup dalam duniamereka sendiri tetapi perlu menghormati dan menerima amalan budaya serta agama kaum-kaum lain untuk maju bersama sebagai rakyat Malaysia yang harmonis dan sebagai penyumbang positif pembangunan ketamadunan manusia di persada dunia.