Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Apa Itu Tasawuf? (Softcover) # (L79,BL77)

RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.45 kg
9789670037318
42 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Apa Itu Tasawuf? (Softcover) #
ISBN:  9789670037318
Penerbit: IBDE
Penulis: Martin Lings
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 200
Format: Paperback
Berat (kg): 0.210
Dimensi (cm): 19.5cm x 12.5cm x 1.5cm 
 
SINOPSIS

"Dari kerana pada suatu tahap dalam perkembangan tasawuf beberapa pemuka utama daripada kelompok penulis sufi telah banyak meminjam dan menyerap faham serta kosa kata falsafah hinggakan sebahagian daripada pembahasan tasawuf layak digelar tasawuf falsafi. Bahkan ada yang mendakwa, sebagaimana S. M. Naquib al-Attas, seorang guru dan pemikir besar bangsa kita—bangsa Jawi—pada abad lepas dan kini, bahawa hanya tasawuf yang sesungguhnya layak digelar sebagai falsafah Islam."

Apa itu Tasawuf?—sebagaimana terzahir pada judul dan ukurannya—sebuah buku berupa pengantar. Namun ramai pembaca yang berhajat kepada sebuah buku kecil yang memberi tinjauan serba ringkas yang mudah difahami perihal ajaran ruhani Islam barangkali akan segera menyedari, sebaik membaca baru beberapa halaman daripada bab pertamanya, bahawa mereka sudah terpedaya dengan rupa zahirnya. Kerana buku ini tidak sesuai sebagai bacaan ringan bagi melayani hobi membaca sambil bersantai di kedai kopi. Sebaliknya, pengarangnya menuntut daripada pembaca sesuatu yang tiada kurang daripada “perhatian yang mendalam serta bersungguh-sungguh kepada benda bersifat ruhani.” Bahkan kesungguhan pengarang sendiri jelas kelihatan daripada ayat pembukaan bab pertama lagi yang tanpa bertangguh-tangguh menarik pembaca untuk terus terjun menyelam ke dasar persoalan ini tanpa memperkenal barang sedikit pun latar sejarah atau keagamaannya. Dengan lain kata, Apa itu Tasawuf? mengundang pembaca tetapi pada waktu sama menidakkan ramai pembaca.

 

 

Penerbit:
IBDE
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
200 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar