Penerbit: Penerbit X
Penulis: Maurice Leblanc
Penterjemah : Rasidah Salleh
Muka Surat: 328
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.212kg
Dimensi (cm): 19 cm x 12 cm x 2 cm
Arsène Lupin cedera parah selepas merompak kediaman Count de Gesvres di Ambrumesy. Mayatnya ditemukan oleh seorang pelajar pintar berusia 18 tahun bernama Isidore Beautrelet. Orang yang menembak, iaitu anak saudara Count de Gesvres bernama Raymonde kemudian diculik dan dibunuh. Inspektor Ganimard dan Herlock Sholmes yang dipanggil untuk menyiasat juga telah diculik, termasuk bapa Isidore sendiri. Sementara itu, sekeping kertas lama yang mengandungi huruf, angka dan tanda-tanda pelik yang telah dijumpai di Ambrumésy menyebabkan Isidore ditikam.
Misteri di sebalik kejadian-kejadian berdarah dan aneh ini kemudiannya terbongkar. Ada suatu rahsia besar sedang diselindungkan – rahsia yang berusia beribu tahun melibatkan raja-raja dan pemerintah Perancis terdahulu – rahsia yang gagal menyelamatkan Marie Antoinette, dan juga menyebabkan Joan of Arc dibunuh. Apakah rahsia ini juga penyebab kematian Arsène Lupin? Dan mampukah Isidore Beautrelet membongkar rahsia ini demi menyelamatkan bapanya?