Penulis: Rohaniah Noor
Muka Surat: 223
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.254
Dimensi (cm): 20x13x2
Nak backpack ke Taiwan? Taiwan ada apa? Ya, Taiwan memang masih destinasi kembara yang under rated bagi orang Malaysia. Terutama bagi orang Melayu. Tapi, bila saya ternganga melihat pokok-pokok berusia ratusan tahun di Alishan, saya percaya, ini bukan destinasi biasa-biasa. Nak ke Alishan ni, kena naik keretapi klasik. Lalu 25 buah terowong one way. Wow! Kemudian saya dapat jejakkan kaki ke Taipei 101. Ia pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia, mengalahkan Menara Berkembar Petronas. Dongak kepala pun tak nampak puncaknya. Penuh dengan kabus. Jadi kami kena pergi jauh, baru nampak. Kami juga meneroka Taroko Gorge di Hualien. Sebuah kawasan pergunungan yang cantik dengan pemandangan gaung batu marmar yang berjalur-jalur. Merentasinya, ada sungai Liwu yang berwarna turquoise. Namun takkan dapat kami lupakan pemandangan pantai yang panjang di kiri dan gunung-ganang di sebelah kanan, bila memandu di Pantai Timur Taiwan. Terasa seperti mahu menjerit, mengatasi bunyi desiran angin di luar. Meninggalkan Taiwan yang penuh memori seperti menutup satu episod penting dalam hidup saya. Kerana selepas kembara ini tamat, destinasi saya dan sebahagian rakan ini, tidak lagi sama.